Malam tadi Dara berkesempatan mendengar taklimat khas oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang merupakan Menteri yang baru dilantik dan juga bekas mantan Menteri Besar Selangor dan kini baru dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor di dewan sebuah sekolah wawasan di kawasan USJ 15 Subang Jaya. Penerangan yang mulanya bernada agak perlahan dengan memperuraikan sejarah perjuangan UMNO dan pahit maung orang-orang lama yang memperjuangkan UMNO akhirnya berbaur unsur menghasut supaya ahli-ahli UMNO Subang Jaya mengelakkan sebarang pertandingan dan perebutan jawatan demi untuk kestabilan UMNO kononnya.
Hati Dara jadi hot dan membara kerana laungan dan kata-kata yang diungkap oleh Ketua Penerangan UMNO itu jelas untuk menidakkan amalan demokrasi yang kini hebat diperkatakan dan diperjuangkan oleh keseluruhan ahli UMNO diseluruh negara.
Kenapa beliau dengan nada keras menegaskan supaya jawatan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda terutamanya di Bahagian beliau tidak dipertandingkan? Apakah sebagai Ketua Bahagian beliau berhak untuk menidakkan segala kebebasan yang telah diamalkan selama ini hanya kerana tidak ingin adanya perebutan jawatan? Bukankah laungan itu lebih kepada ugutan dan amaran! Agaknya secara halus maksud disebalik peringatan tersebut adalah supaya jangan ada Bahagian atau cawangan-cawangan di Selangor yang pandai-pandai ingin membuat usul untuk menukar kepimpinan baru di Persidangan UMNO yang akan datang ini.
Dara rasa nak tergelak apabila dia mengatakan yang UMNO kini sakit dan perlu dirawat. Katanya jangan merosakkan parti yang sedang sakit dan kita semua harus bangkit dan bantu untuk merawat UMNO yang sedang sakit. Apa dia cerita ni? Logik ke UMNO pulak yang dikatakan sakit! UMNO sebenarnya tak sakit! Yang sakit adalah tangan-tangan yang memimpin UMNO. Kalau tangan-tangan yang memimpin ini tidak mampu untuk memimpin lagi adalah lebih wajar sekiranya tangan-tangan ini diganti dengan segera sebelum ia menjadi bengkok dan sukar untuk diluruskan kembali.
Dara nak termuntah apabila beliau bercakap mengenai politik wang sedangkan sedarkah beliau bahawa dirinya sendiri pernah dikaitkan dengan genjala tersebut apabila membawa wang berjuta-juta ringgit untuk makan angin bersama-sama keluarga di luar negara suau masa dahulu! Memang melayu mudah lupa tetapi sedarlah diri bahawa orang melayu amat sukar melupakan perkara-perkara keji yang dikaitkan dengan sifat tamak haloba. Benda yang baik jarang disebut tapi kalau yang buruk berpuluh tahun tetap diingati.
Dongeng apa yang ingin diterjemahkan olehnya Dara sendiri tidak pasti tetapi yang pastinya ibarat meludah kelangit terpancut ke muka sendiri!
Dara juga sangat hot bila beliau dengan lantangnya mengkritik ucapan Ketua Wanita Malaysia yang dianggapnya berbaur hasutan kepada perwakilan-perwakilan wanita di Selangor pada baru-baru ini. Dia kata si polan tu tak sedar diri, dah 40 tahun dalam kabinet masih tak puas hati apabila digugurkan. Dia marah apabila si polan mempersoalkan ketiadaan wakil Wanita di dalam kabinet. Dia takut wanita Selangor naik angin dan menggesa untuk membuat perubahan lantas dia kasi amaran awal-awal dengan Ketua Wanita Selangor supaya jangan mengikut telunjuk Ketua Wanitanya itu. Apa dah jadi...patut ke urusan Wanita pun dia nak mencampuri? Dara sememangnya tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet yang dibuat pada baru-baru ini yang terang-terang menafikan hak Wanita sebagai pemimpin! Kalau Dara jadi Ketua Wanita atau ahli EXCOnya dah lama Dara maki hamun Tok Ketua no one yang masih tak paham-paham kehendak rakyat. Apa dah jadi dengan semua deria Tok Ketua pun Dara tak pasti. Nak kata tak mendengar dia kata o.k boleh dengar lagi...nak kata tak nampak dia kata orang ramai bagi dia standing ovation...apa nak jadi dengan Tok ketua kita pun tak tahulah...mungkin beliau ingin terjun bersama-sama labunya dan kita ramai-ramai kata...biarkan,biarkan! Tapi Dara rasa ahli UMNO sejatai tak akan membiarkan si Luncai terjun dengan labunya kerana Labu yang yang dikendong ini bukan sebarang labu...Labu itu merupakan hidup dan mati sebuah parti!
Berbalik kepada Ketua Penerangan tadi, dia kata di zaman Tun M dululah UMNO mula berpecah..ada Semangat 46 ada Keadilan dan macam-macam haru-biru lagi..Dara suka nak tambah disini bahawa di zaman Tun M jugaklan si mantan bekas Menteri Besar ini dapat membina empayar kekayaan melimpah ruah sehingga kini...
Tak apalah biar Dara berhenti disini dulu sebab darah Dara dak naik semula....malam ni Dara ada appointment dengan Jantan Hot...dia ada banyak story mori untuk Dara cool diri...c u again!
Tuesday, April 15, 2008
DARAHOT HATI PANAS!
Posted by darapanas at 6:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hi darahot
betul ke u ni hot
Lahai dara, sabo je la. mmg gini gaya rentak politik & politikus menopos tahap durjana cam Mat tyson. Apalah yg boleh dibanggakan dgn Mat tyson selangor tu selain drp kutil kutil di wajah kesayangan hamba tu adohhh laa dara, hang pi lah attend ceramah jantan hot lain lahh, takat mat tyson tuuuu haaa renti kan
Post a Comment