Panas, panas, panas...Dara benar-benar kepanasan sebab baru lepas habis mengikuti Larian Obor di Jalan Imbi berhadapan dengan Plaza Berjaya. Orang ramai yang berpusu-pusu menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu berteriak kegembiraaan dan Dara pun turut rasa bangga kerana lensa kamera tak henti-henti mengambil gambar Dara dan rakan-rakan yang bersorak kegembiraan melihat pelari Obor menyalakan api tersebut. Terasa macam selebriti terkenal pulak bila photographer turut berhenti untuk mengambil gambar kami yang memang gedik sakan menjerit kegembiraan. Turut bersama Dara adalah ratusan penyokong-penyokong dari negara China yang membawa pelbagai kain rentang dan bendera sebagai sokongan kepada Larian tersebut. Ada yang bertampal-tampal muka dengan sticker bendera mereka. Dara pun terkena tempias apabila ditepek dengan sticker tersebut. Wow! terasa macam di Beijing walapun hakikatnya hanya di Malaysia.
Melihat kepada sokongan dan gelagat penonton yang ramai ada di situ, Dara dapat rasakan bahawa kita di bumi Malaysia ini bertuah kerana dilimpahi dengan suasana aman dan harmoni. Melihat pelbagai kaum yang memberi sokongan kepada larian tadi memberi satu keinsafan kepada Dara bagaimana negara kita Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana disini rakyatnya bebas untuk bergerak dimana-mana. Tidak seperti disesetengah negara yang suasananya senantiasa huru-hara dan tidak aman. Syukur alhamdulillah, buat masa ini negara kita bebas dari segala bencana dan peperangan! Cuma yang Dara tak tahan buat masa sekarang adalah harga barang yang semakin hari semakin berlonjak naik. Kata kawan Dara sekarang ni selepas election semuanya naik...minyak naik, ayam naik, beras naik, roti naik tapi gaji tak naik-naik....tak puas hati betul!
Sekarang ni kalau nak makan di luar kena fikir dua tiga kali...harga sebungkus nasi beriani pun dah jadi RM8 lebih. Itu pun baru seketul ayam dengan kuah kari..Hari tu waktu Dara jalan-jalan ke pasar malam Dara dengan ramai yang bersungut sebab harga barang semua naik. Sekarang ni kalau ke pasar, setakat bawak RM100 untuk beli barang basah belum tentu cukup. Harga sayur dengan barang kering pun dah berganda-ganda...
Dara harap Kerajaan hari ini lebih prihatin akan nasib rakyat yang tak tahan dengan harga barang yang berlonjak tinggi. Kalau rakyat yang gaji beribu pun bersunggut tak cukup, apa lagi dengan pekerja biasa yang gaji tak sampai empat angka! Dara harap Kerajaan jangan sebuk pukul canang sana-sini beri peruntukan juta-juta sedangkan masalah besar sebegini tidak ditanggani dengan bijak. Sebenarnya, orang ramai yang macam Dara ni masih tak puas hati dengan keadaan ekonomi negara kita. Harga barang naik tapi bila tengok orang-orang besar buat majlis sana-sini meraikan para peguam dan bekas-bekas hakim dengan jamuan yang besar-besar, hati Dara jadi bengkak. Buat apalah membazir buat majlis sebegitu. Kita rakyat biasa ni bukannya peduli dengan apa yang terjadi masa-masa dulu. Betul ke salah ke tak jadi kudis pun pada kami rakyat biasa ni. Tapi bila tengok pembaziran berlaku sana-sini, kami jadi panas! Angin satu badan naik dan mulalah jadi hot. Bilalah agaknya duit rakyat dapat diterjemahkan dengan adil dan saksama? Wallahualam...
Monday, April 21, 2008
Dara Panas & Larian Obor
Posted by darapanas at 6:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment