Monday, April 28, 2008
Friday, April 25, 2008
Tak Cabul...Cuit aje!
Dara nak tergelak apabila mendapat tahu report polis yang dibuat terhadap bekas menteri yang dituduh mencabul pelayan itu telah ditarik balik oleh si pengadu tersebut. Hairan bin ajaib...macam biskut pulak kes cabul-mencabul ni. Kejap ada kejap tak ada...suka-suka aje nak buat report! Kalau sendiri rasa dicabul kenapa pulak tiba-tiba kata tak ada...agaknya dia tak tahu membezakan antara cabul dan cuit. Mungkin Jantan berstatus tu hanya cuit-cuit sikit kot...nak test market!
Dunia sekarang ni apa pun boleh berlaku. Semua boleh kowtim janji u look after me I look after u...win-win situationlah katakan.Di Malaysia ni pun boleh tahan jugak dunia politik ali baba...main tarik tali dah jadi sinonim dengan budaya kita. Kalau kau berani buat aku, aku pun tahu nak ajar ko! Ko buka pekung aku, aku pekung ko.... Ko boleh buat duit aku pun boleh buat duit. Kalau anak ko buat bisness tak akan anak aku pun tak boleh buat! Nah, inilah contoh budaya politik kita masakini.Masing-masing nak tunjuk siapa lebih pandai...siapa lebih handal...siapa lebih berkuasa dan siapa lebih berpengaruh! Sebenarnya pada hemat Dara benda-benda macam ni tak bawak kemana hanya merugikan sahaja terutamanya orang melayu. Macam mana melayu nak maju kalau sesama sendiri tak habis-habis nak tunjuk ego! Kita semua harus sedar akan kemampuan kita yang sebenar. Kalau rasa dah nak K.O dan tonkang pun dah nak pecah, lebih baik cepat-cepat sedar diri. Berilah peluang kepada orang lain...
Dara amat bersetuju dengan komen terbaru yang Dara terima. Dara pun sekarang ni dah malas nak baca surat khabar. Tak terkilan langsung kalau tak baca surat khabar ataupun tengok berita di TV. Dulu waktu musim pilihanraya, Dara beli semua surat khabar sampai surat khabar cina pun Dara sentuh. Walaupun tak faham tapi ada jugak jantan sporting yang tolong terjemahkan untuk Dara. Tapi semenjak dua menjak ni, naluri Dara dah berubah..lebih baik borak dengan Jantan Hot lagi bagus. Boleh berkongsi informasi dan kita pun tak kering gusi mendengar story morinya.
Sebenarnya semalam Dara dah nak sentuh kesah gadis-gadis melayu yang mudah jadi Tipah Tertipu. Minggu ni aje dah tiga berita kesah gadis melayu kena tangkap kerana menyeludup dadah. Apa dah jadi dengan gadis-gadis melayu kita? Kenapa mudah benar mereka diperdayakan oleh jantan-jantan afrika yang kulit hitam legam dan berkilat tu! Apakah mata gadis-gadis ini mudah disilaukan dengan wang ganjaran yang dijanjikan! Aduh, mengucap panjang Dara bila mengingatkan betapa malangnya nasib gadis-gadis melayu seperti ini. Kenapalah mereka begitu naif dan mudah sangat diperdayakan. Mungkin mereka ini ingin mencari jalan singkat untuk hidup senang lenang. Berita-berita negatif begini memang memalukan dan menyedihkan.
Dara sedih sebab yang kena adalah gadis melayu kita sendiri dan Dara amat malu kerana ini menunjukkan betapa mudahnya gadis melayu termasuk jugak orang-orang melayu kita diperdaya dan dipermainkan oleh orang-orang luar. Hanya kerana wang ringgit, pangkat dan kemewahan hidup, semuanya sanggup digadaikan walaupun mereka tahu risiko yang bakal dihadapi. Maruah diri dan maruah negara tidak lagi penting. Yang mereka tahu hanyalah periuk nasi sendiri. Dara harap pihak Kerajaan memandang serius masalah-masalah seperti ini. Kebanjiran pendatang asing di negara kita memang dah diluar kawalan. Ada yang datang berizin dan ada jugak yang datang tanpa izin...pokok pangkalnya mereka ini bersepah-sepah di negara kita. Kedatangan mereka macam anai-anai...melarat-larat sehingga diluar kawalan. Dara sendiri naik seram kalau berjalan sorang-sorang di Kuala Lumpur ni...macam-macam muka orang luar boleh kita lihat. Kalau dulu mat indon dengan mat bangla yang ramai di sini tapi kini mat myanmar dan mat gelap pun bersepah jugak. Kebanyakan masalah sosial seperti pecah-rumah, merompak, membunuh dan merogol adalah berpunca daripada kebanjiran pendatang-pendatang luar. Agaknya ada pihak yang merelakan kedatangan orang asing ini. Mungkin juga kebanjiran mereka merupakan durian runtuh untuk pihak yang tak bertanggungjawa!
Oleh yang demikian, sukacitalah Dara menyeru kepada Kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan supaya bangkit dari tidur dan buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat jelata. Jangan asyik gila mengejar pangkat dan wang ringgit sehingga kesejahteraan rakyat diketepikan.
Sebelum Dara berundur, Dara nak tanya komen semua..o.k ke new look blog Dara ni. Warna merah tu bukan apa...Dara saje suka warna terang supaya nampak berani dan berahi.....hehehe!
O.Klah I got to chow chin chow now coz' dah janji nak calling Dara Sunti yang sedang hangat bercinta. Orang tengah mabuk cinta ni sedap kalau dapat korek-korek sikit...Bye!
Posted by darapanas at 8:29 AM 1 comments
Wednesday, April 23, 2008
Kes Cabul...Siapa Jantannya?
Dara mengurut dada bila membaca kisah seorang pelayan yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri. Dara heran bin ajaib, kenapalah perkara-perkara begini harus berlaku pada masa keadaan politik negara kita sendiri didalam keadaan haru biru.Dalam situasi yang masih tidak menentu ada jugak jantan-jantan politik yang tak pandai jaga maruah diri dan akhirnya tercipta lagi rekod sensasi.
Dara tak terperanjat sangat bila mendengar berita-berita sensasi begini kerana Dara memang tahu sangat tabiat ahli-ahli politikus di Malaysia. Walaupun tak semua tapi hakikatnya memang ramai yang akan mudah lupa daratan dan tidak takutkan tuhan!
Mencabul atau meliwat hanya sebahagian daripada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang diketengahkan. Menurut Jantan Hot yang menjadi informer Dara, sebenarnya lebih banyak lagi kes-kes dasyat yang melibatkan ahli-ahli politik pada masa kini. Cuma ada yang bernasib baik kerana lubang sempat ditutup sebelum dikorek! Pada pandangan Dara sebenarnya banyak lagi perbuatan-perbuatan lain yang boleh dikategorikan sebagai tidak bermoral. Rasuah, menipu dan makan duit rakyat adalah perbuatan yang lebih terkutuk dan terhina!
Dara tak heran sangat baca bab-bab mencabul ni sebab telinga Dara dah immune dengan kes-kes begini. Biasalah orang lelaki ni kalau tengok dahi licin bumper o.k memang tak boleh dicontrol lagi. Cuma yang tak sedap dengar tuduhan melibatkan orang politik. Dara ingin ambik kesempatan mengingatkan orang-orang politik di luar sane terlebih-lebih lagi yang baru-baru naik pangkat jadi menteri supaya jagalah peribadi dan moral diri dimana-mana saje anda berada kerana banyak mata yang suka memerhati.
Hari ini kita mungkin ketawa suka tetapi esok lusa mungkin giliran kita menderita. Jangan ingat bila kita dikelilingi istana batu tak ada mata yang nampak apa yang kita lakukan. Rakyat kini lebih bijak menilai diantara kaca dan permata, diantara batu dan kayu dan diantara langit dan bumi. Rakyat tidak mudah percaya dengan janji-janji palsu tanpa dibuktikan dengan kenyataan.
Dara malas nak berceloteh panjang hari ni sebab dah terlewat nak join Jantan Hot minum kopi malam ni. So, till we meet again...bravo!
Posted by darapanas at 7:40 PM 5 comments
Tuesday, April 22, 2008
Dara Panas Tip Top!
Hari ni mood Dara memang tip top...seronok dapat makan free kat tempat exclusive lagi highclass. Makanan yang dihidang pun semuanya western food. Walaupun berat tekak Dara nak telah tapi disebabkan free Dara hentam sajelah. Sebenarnya tekak Dara ni lebih kepada makanan melayu jati. Suka makanan yang pedas-pedas sama macam selera Jantan Hot. Anyway, Dara puas hati sebab suasananya nyaman dan tenang...almaklumlah, Lafite kat Shangrila ni bukan sebarangan orang yang mampu bayar. Harga beverage untuk seorang saje tadi dah lebih kurang harga makan untuk empat orang di kedai mamak.
Tadi Dara berkesempatan berjumpa dengan orang-orang kuat KSN, sambil borak Dara tanya macamane dengan boss baru di Kementerian Belia & Sukan. Depa kata semua o.k! Program dan projek berjalan seperti biasa. Sekarang ni dah tak macam dulu sangat. Dulu-dulu teruk kena kerja hujung minggu sebab bosnyakan masih single jadi dia memang banyak masa terluang. Kini Bos baru is a family man jadi dia pun faham mereka ada famili jugak yang harus dijaga. Baguslah kalau ada persefahaman diantara bos dan orang-orang yang dibawah.
Masalah akan timbul kalau Bos tak faham dengan kehendak orang-orang disekelilingnya. Kadang-kadang tu bukan tak faham tapi saje buat-buat bodoh tak nak faham. Kalau orang dah fed-up pun dia masih tebal muka buat don't know...cuma Dara takut nanti kalau tiba-tiba meletup habis semua hancus! mane nak letak muka...sendiri tanggung malulah!
Kejap tadi ni Dara dapat panggilan dari sorang Jantan Hot yang ingin bertemu Dara esok untuk lunch. Dara suka borak dengan Jantan Hot ni sebab dia banyak informasi yang boleh dikongsi. Dia pun orang kuat politik jugak! Walaupun hanya Ketua Cawangan tapi di Bahagian masih ada jawatan. Maklumlah Ketua Bahagian pun dah jadi Menteri penuh. Dengar citenya banyak program yang telah dirancang untuk menaikkan semula semangat ahli-ahli UMNO di Selangor. Terlopong mulut Dara mendengar perancangan Jantan Hot yang sorang ni...macam confident habis yang di Selangor tu tak ada masalah. Dia kata so far di Selangor semua sokong kepimpinan sekarang..selagi Mike Tyson ada jangan harap UMNO Selangor dapat dipecahkan. Mati-mati dia menyalahkan Khir Toto sebab kasi penyapu. Dara nak tergelak sebab dia kata dulu Khir Toto patut kasi vacuum bukan penyapu! Tapi Dara kata kalau vacuum lagi parah..habis semua dia sedut! Silap-silap haribulan Dara pun nanti dia turut sedut..ee gelilah!
Anyway, disini suka Dara nyatakan bahawa samada penyapu atau vacuum, bukanlah penyebab utama kekalahan BN di Selangor. Itu hanya faktor sampingan sahaja....yang menjadi masalah dibatu gemala BN ialah LEADERSHIP! Something is really wrong with the current leadership! Kalau kapten kapal sendiri lemah, maka sudah pasti kapalnya terhoyang-hayang...yang jadi mangsa adalah anak-anak kapal dan orang-orang yang ada didalam kapal!
Dara dapat tahu PKR kini sangat hebat memancing orang ramai untuk jadi ahli-ahlinya sehinggakan di Selangor sendiri dah lebih 600 orang masuk PKR. Dara terkejut beruk bila Jantan Hot cakap orang UMNO sendiri pun dah masuk PKR! Apa nak jadi ni....
Itulah dunia politik, penuh dengan surprise! Lompat sane sini dah jadi trend politik masakini....cuma Dara harap berhati-hatilah bila melompat..takut nanti tengah sedap-sedap melompat tiba-tiba tersangkut terus tersungkur ke dalam longkang...kalau hidup takpa..tapi kalau tinggal nyawa-nyawa ikan, sendiri tanggunglah!
Oops! handphone Dara dah berbunyi...so Dara kena stoplah sebab Jantan Hot dah panggil. I got to go and to those anonymous who gave your comments to Dara...I memang Hot u!!!!Kena try baru tahu....bye!
Posted by darapanas at 6:33 PM 0 comments
Monday, April 21, 2008
Dara Panas & Larian Obor
Panas, panas, panas...Dara benar-benar kepanasan sebab baru lepas habis mengikuti Larian Obor di Jalan Imbi berhadapan dengan Plaza Berjaya. Orang ramai yang berpusu-pusu menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu berteriak kegembiraaan dan Dara pun turut rasa bangga kerana lensa kamera tak henti-henti mengambil gambar Dara dan rakan-rakan yang bersorak kegembiraan melihat pelari Obor menyalakan api tersebut. Terasa macam selebriti terkenal pulak bila photographer turut berhenti untuk mengambil gambar kami yang memang gedik sakan menjerit kegembiraan. Turut bersama Dara adalah ratusan penyokong-penyokong dari negara China yang membawa pelbagai kain rentang dan bendera sebagai sokongan kepada Larian tersebut. Ada yang bertampal-tampal muka dengan sticker bendera mereka. Dara pun terkena tempias apabila ditepek dengan sticker tersebut. Wow! terasa macam di Beijing walapun hakikatnya hanya di Malaysia.
Melihat kepada sokongan dan gelagat penonton yang ramai ada di situ, Dara dapat rasakan bahawa kita di bumi Malaysia ini bertuah kerana dilimpahi dengan suasana aman dan harmoni. Melihat pelbagai kaum yang memberi sokongan kepada larian tadi memberi satu keinsafan kepada Dara bagaimana negara kita Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana disini rakyatnya bebas untuk bergerak dimana-mana. Tidak seperti disesetengah negara yang suasananya senantiasa huru-hara dan tidak aman. Syukur alhamdulillah, buat masa ini negara kita bebas dari segala bencana dan peperangan! Cuma yang Dara tak tahan buat masa sekarang adalah harga barang yang semakin hari semakin berlonjak naik. Kata kawan Dara sekarang ni selepas election semuanya naik...minyak naik, ayam naik, beras naik, roti naik tapi gaji tak naik-naik....tak puas hati betul!
Sekarang ni kalau nak makan di luar kena fikir dua tiga kali...harga sebungkus nasi beriani pun dah jadi RM8 lebih. Itu pun baru seketul ayam dengan kuah kari..Hari tu waktu Dara jalan-jalan ke pasar malam Dara dengan ramai yang bersungut sebab harga barang semua naik. Sekarang ni kalau ke pasar, setakat bawak RM100 untuk beli barang basah belum tentu cukup. Harga sayur dengan barang kering pun dah berganda-ganda...
Dara harap Kerajaan hari ini lebih prihatin akan nasib rakyat yang tak tahan dengan harga barang yang berlonjak tinggi. Kalau rakyat yang gaji beribu pun bersunggut tak cukup, apa lagi dengan pekerja biasa yang gaji tak sampai empat angka! Dara harap Kerajaan jangan sebuk pukul canang sana-sini beri peruntukan juta-juta sedangkan masalah besar sebegini tidak ditanggani dengan bijak. Sebenarnya, orang ramai yang macam Dara ni masih tak puas hati dengan keadaan ekonomi negara kita. Harga barang naik tapi bila tengok orang-orang besar buat majlis sana-sini meraikan para peguam dan bekas-bekas hakim dengan jamuan yang besar-besar, hati Dara jadi bengkak. Buat apalah membazir buat majlis sebegitu. Kita rakyat biasa ni bukannya peduli dengan apa yang terjadi masa-masa dulu. Betul ke salah ke tak jadi kudis pun pada kami rakyat biasa ni. Tapi bila tengok pembaziran berlaku sana-sini, kami jadi panas! Angin satu badan naik dan mulalah jadi hot. Bilalah agaknya duit rakyat dapat diterjemahkan dengan adil dan saksama? Wallahualam...
Posted by darapanas at 6:25 PM 0 comments
Tuesday, April 15, 2008
DARAHOT HATI PANAS!
Malam tadi Dara berkesempatan mendengar taklimat khas oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang merupakan Menteri yang baru dilantik dan juga bekas mantan Menteri Besar Selangor dan kini baru dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor di dewan sebuah sekolah wawasan di kawasan USJ 15 Subang Jaya. Penerangan yang mulanya bernada agak perlahan dengan memperuraikan sejarah perjuangan UMNO dan pahit maung orang-orang lama yang memperjuangkan UMNO akhirnya berbaur unsur menghasut supaya ahli-ahli UMNO Subang Jaya mengelakkan sebarang pertandingan dan perebutan jawatan demi untuk kestabilan UMNO kononnya.
Hati Dara jadi hot dan membara kerana laungan dan kata-kata yang diungkap oleh Ketua Penerangan UMNO itu jelas untuk menidakkan amalan demokrasi yang kini hebat diperkatakan dan diperjuangkan oleh keseluruhan ahli UMNO diseluruh negara.
Kenapa beliau dengan nada keras menegaskan supaya jawatan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda terutamanya di Bahagian beliau tidak dipertandingkan? Apakah sebagai Ketua Bahagian beliau berhak untuk menidakkan segala kebebasan yang telah diamalkan selama ini hanya kerana tidak ingin adanya perebutan jawatan? Bukankah laungan itu lebih kepada ugutan dan amaran! Agaknya secara halus maksud disebalik peringatan tersebut adalah supaya jangan ada Bahagian atau cawangan-cawangan di Selangor yang pandai-pandai ingin membuat usul untuk menukar kepimpinan baru di Persidangan UMNO yang akan datang ini.
Dara rasa nak tergelak apabila dia mengatakan yang UMNO kini sakit dan perlu dirawat. Katanya jangan merosakkan parti yang sedang sakit dan kita semua harus bangkit dan bantu untuk merawat UMNO yang sedang sakit. Apa dia cerita ni? Logik ke UMNO pulak yang dikatakan sakit! UMNO sebenarnya tak sakit! Yang sakit adalah tangan-tangan yang memimpin UMNO. Kalau tangan-tangan yang memimpin ini tidak mampu untuk memimpin lagi adalah lebih wajar sekiranya tangan-tangan ini diganti dengan segera sebelum ia menjadi bengkok dan sukar untuk diluruskan kembali.
Dara nak termuntah apabila beliau bercakap mengenai politik wang sedangkan sedarkah beliau bahawa dirinya sendiri pernah dikaitkan dengan genjala tersebut apabila membawa wang berjuta-juta ringgit untuk makan angin bersama-sama keluarga di luar negara suau masa dahulu! Memang melayu mudah lupa tetapi sedarlah diri bahawa orang melayu amat sukar melupakan perkara-perkara keji yang dikaitkan dengan sifat tamak haloba. Benda yang baik jarang disebut tapi kalau yang buruk berpuluh tahun tetap diingati.
Dongeng apa yang ingin diterjemahkan olehnya Dara sendiri tidak pasti tetapi yang pastinya ibarat meludah kelangit terpancut ke muka sendiri!
Dara juga sangat hot bila beliau dengan lantangnya mengkritik ucapan Ketua Wanita Malaysia yang dianggapnya berbaur hasutan kepada perwakilan-perwakilan wanita di Selangor pada baru-baru ini. Dia kata si polan tu tak sedar diri, dah 40 tahun dalam kabinet masih tak puas hati apabila digugurkan. Dia marah apabila si polan mempersoalkan ketiadaan wakil Wanita di dalam kabinet. Dia takut wanita Selangor naik angin dan menggesa untuk membuat perubahan lantas dia kasi amaran awal-awal dengan Ketua Wanita Selangor supaya jangan mengikut telunjuk Ketua Wanitanya itu. Apa dah jadi...patut ke urusan Wanita pun dia nak mencampuri? Dara sememangnya tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet yang dibuat pada baru-baru ini yang terang-terang menafikan hak Wanita sebagai pemimpin! Kalau Dara jadi Ketua Wanita atau ahli EXCOnya dah lama Dara maki hamun Tok Ketua no one yang masih tak paham-paham kehendak rakyat. Apa dah jadi dengan semua deria Tok Ketua pun Dara tak pasti. Nak kata tak mendengar dia kata o.k boleh dengar lagi...nak kata tak nampak dia kata orang ramai bagi dia standing ovation...apa nak jadi dengan Tok ketua kita pun tak tahulah...mungkin beliau ingin terjun bersama-sama labunya dan kita ramai-ramai kata...biarkan,biarkan! Tapi Dara rasa ahli UMNO sejatai tak akan membiarkan si Luncai terjun dengan labunya kerana Labu yang yang dikendong ini bukan sebarang labu...Labu itu merupakan hidup dan mati sebuah parti!
Berbalik kepada Ketua Penerangan tadi, dia kata di zaman Tun M dululah UMNO mula berpecah..ada Semangat 46 ada Keadilan dan macam-macam haru-biru lagi..Dara suka nak tambah disini bahawa di zaman Tun M jugaklan si mantan bekas Menteri Besar ini dapat membina empayar kekayaan melimpah ruah sehingga kini...
Tak apalah biar Dara berhenti disini dulu sebab darah Dara dak naik semula....malam ni Dara ada appointment dengan Jantan Hot...dia ada banyak story mori untuk Dara cool diri...c u again!
Posted by darapanas at 6:51 PM 2 comments