CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 18, 2008

Kapal BN dah senget...


Wow! Undi tak percaya atau letak jawatan...serangan pertama SAPP telah bermula..walaupun SAPP parti yang kecil namun 2 undi dari Ahli Parlimen Sabah tersebut boleh membawa bencana buruk kepada parti Barisan Nasional. Dara percaya ini merupakan satu kejutan yang memang telah diduga sejak awal-awal lagi. Malangnya orang -orang atas BN tetap menafikan malah orang nombor satu boleh lagi menjawap "takda sapa beritahu dia pun"...seolah-olah menunjukkan betapa selama ini dia hanya bergantung kepada orang lain untuk mendapat makluman dan amat sedih sekali sekiranya dia tidak ambik peduli pun untuk menyiasat kesahihan atau mencari kebenaran akan maklumat-maklumat yang diterima. Pada hemat Dara perkara ini sungguh memalukan dan tidak patut terjadi...sekarang lihat sendiri apa dah jadi! Jelas, SAPP dah buat pengumumam, so Dara rasa tak payahlah dia nak tunggu orang bagi tahu u dah tak layak lagi!!! Buat tebal muka aje...sendiri kena ingat dan segera buat keputusan sebelum terlambat!
Dara sebenarnya bukan menyebelahi sesiapa dalam perkara ini tetapi Dara ingin mengulangi pendirian Dara bahawa sekiranya kita ingin melihat negara kita maju dan stabil, kita harus mempunyai KEKUATAN! Kekuatan itu bukan sahaja terletak kepada ekonomi mahupun pertahanan. Ianya akan menjadi lebih kuat sekiranya kita mempunyai pentadbiran yang kukuh dan teguh! Untuk mentadbir sesebuah negara majmuk seperti Malaysia kita memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa dan berani! Kita tidak boleh membenarkan seseorang yang lemah, lembik dan tidak bijak untuk menjadi ketua negara...Untuk menentang musuh kita harus mempunyai barisan panglima yang dapat bekerjasama dengan ketua dan rakyat jelata. Amat malang sekali jika ketua, panglima dan rakyat yang menaiki satu kapal tetapi mempunyai halatuju yang berlainan..alamat sengetlah kapal tersebut!
Dara juga amat tertarik dengan berita Sharizat dan Rafidah...Dara dah lama terhidu akan perang saraf antara pengikut Sharizat dan pengikut setia Rafidah...sebenarnya dalam perkara perebutan jawatan ini Dara rasa yang terlebih kuah dari sudu mengenai pertandingan ini ialah bidadari-bidadari yang mengekor kedua-dua bos mereka ini. Masing-masing inginkan bos mereka menjadi ketua..projek laga-melaga memang kegemaran orang perempuan...Dara tak suka campur dalam perkara ni sebab Dara adalah jenis yang suka menilai akan keperibadian, kekuatan, keberanian dan kelebihan seseorang calon sebelum dia dilantik sebagai ketua...adakalanya orang lama tak bererti dia lemah dan orang baru tak bererti tak berilmu! Dalam perkara ni Dara rasa wanita-wanita semua eloklah...lu pikir sendiri! Bravo dulu sebab Dara nak jumpa Jantan Hot...bye...

Debaran Dara...

Keputusan pilihanraya 2008. Klik pada image untuk gambaran yang lebih jelas


Dara berdebar-debar menunggu keputusan sidang akhbar yang akan diadakan oleh Parti Maju Sabah (SAPP). Harap-harap apa yang berlegar di benak fikiran Dara akan menjadi kenyataan. Dara dapat rasakan Dara mungkin tidak keseorangan dalam penantian ini kerana ramai lagi mereka-mereka di luar sana yang cintakan masa depan dan kestabiliti negara akan turut berdebar untuk mengetahui keputusan dan implikasi daripada pengumuman tersebut.
Dara bukan orang politik tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanahair dan ingin melihat anak cucu Dara turut sama menikmati keamanan dan kemakmuran negara, Dara ingin negara kita dipimpin oleh seorang ketua yang bijak, pintar, cekap, jujur dan amanah! Dara malu sekiranya pentadbiran negara dipacu oleh orang yang lemah, lembik, degil, tidak cekap atau dengan kata yang lebih mudah dipanggil BODOH!
Walaupun hakikatnya pahit ditelan namun kenyataan harus diterima. Telah hampir lebih 3 bulan PRU12 berlalu namun bahangnya masih terus dirasai dan semakin menjadi sensasi dari hari ke hari.....Dara sendiripun dulu tidak pernah ambik pot akan kisah-kisah pentadbiran negara kerana mungkin keadaan pada masa itu amat selesa dan tenang tetapi sejak negara kita kehilangan sebutir permata yang berharga, Dara amat berminat untuk mengikuti dengan teliti akan perkembangan politik tanahir demi untuk mengetahui nasib dan masa depan bangsa kita dan negara amnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Dara perhatikan permata yang diganti adalah jelas kurang kualiti dan amat tidak cocok untuk terus dibiarkan berdiri...cantas!

Tuesday, June 17, 2008

Antara senyuman dan kenyataan...lu pikirlan sendiri!


Semalam Dara tersenyum sendirian apabila melihat gambar-gambar orang ramai dengan bangganya menunjukkan wang tunai rebet yang diterima oleh mereka. Senyuman yang penuh bermakna itu menggambarkan betapa rakyat kita kini amat-amat memerlukan wang untuk kegunaan dan perbelanjaan harian mereka. Bukan setakat untuk mengisi minyak kenderaan tetapi wang itu juga diperlukan untuk urusan harian.
Semalam juga Dara banyak menerima rungutan dari kawan-kawan Dara yang terpaksa beratur panjang untuk menuntut rebet tunai subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan. Ada yang terpaksa beratur selama satu jam walaupun dah lebih dua hari ianya dilaksanakan. Ada juga yang merungut kenapa tidak dimudahkan sahaja cara pembayaran rebet tunai tersebut. Dara pun turut tersenyum mendengar rungutan-rungutan dan ketidakpuasan sahabat-sahabat Dara. Di zaman IT ini sepatutnya segala urusan dipermudahkan. Kita hanya perlu petik saje jari untuk menyelesaikan segala urusan pembankan. Samada anda di rumah, di pejabat, kedai kopi atau dimana-mana sahaja...asalkan ada internet, semua urusan dapat dibereskan. Mungkin cara konvensional ini hanya sesuai untuk golongan yang tidak mempunyai akses tersebut. Cara atas talian atau on-line lebih menjimatkan masa dan tenaga daripada membiarkan orang ramai terpaksa berebut dan beratur panjang untuk menuntut wang yang tak seberapa itu. Apa yang boleh Dara simpulkan ialah kaedah tuntutan ini dibuat dengan agak terburu-buru. Tidak cukup strategi dan perancangan yang tidak bijak! Atau mungkinkah cara ini dilakukan bagi menggaburi hati rakyat. Almaklumlah, semua media utama memaparkan gambar ribuan rakyat diseluruh tanahair keluar beramai-ramai membuat tuntutan sebaik sahaja ianya dilaksanakan pada hari sabtu yang lalu. Gambar yang mempaparkan senyuman dan kenyataan segelintir rakyat yang memuji pemberian itu secara simboliknya menggambarkan betapa duit kerajaan dibelanjakan hanya untuk membantu rakyat. Pada hemat Dara ini polemik yang amat menjegilkan kerana pada hakikatnya walaupun rebet telah diberikan, perbelanjaan harian Dara makin bertambah hari ke hari! Wang tunai sebanyak enam ratus lebih tu hanya dapat bertahan untuk lebih kurang 14 hari sahaja sekiranya ianya dikhususkan untuk kereta Dara. Lepas tu pandai-pandai korek poket sendiri! Dara rasa Dara tidak keseorangan dalam menyatakan kenyataan ini kerana ramai kawan-kawan lain yang turut merungut tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak yang amat membebankan ini! Kebanyakkannya kawan Dara tinggal nun jauh dari ibu kota seperti di Rawang, Kelang, Kajang dan sebagainya. Perjalanan jarak jauh ini memang memeritkan. Tetapi apa kita boleh buat orang bijak pandai dah buat keputusan...akibatnya kita semua yang terpaksa kena tanggung!
Dara sendiri berulang-alik lebih dari 80 km sehari untuk ke pejabat. Seram dan pitam bila memikirkan kos minyak yang tinggi giler ni...Hujung minggu yang lalupun Dara dah melayang lebih seratus ringgit untuk pergi ke kenduri kahwin. Itupun baru berpusing-pusing antara Kuala Lumpur, Subang dan Shah Alam. Apa nak buat di dalam kegawatan ekonomi ni pun ramai jugak pasangan romeo juli yang mendirikan masjid. Di dada akhabr tempoh hari pun ada ditunjukkan gambar pengantin yang kahwin beramai-ramai sebab nak jimatkan kos...Dara rasa elok jugak pasangan-pasangan yang baru berkahwin ni membuat perancangan keluarga dengan bijak...pesan Dara jangan beranak banyak-banyak.. maklumlah, kos hidup sekarang makin tinggi. Anak-anak perlu dijaga dan diberi pendidikan dengan sempurna..bukan setakat melahirkan dan membesarkan begitu sahaja!
Semalam juga mata Dara terbeliak-beliak apabila membaca tajuk akhbar-akhbar utama yang mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri kita bahawa beliau akan tetap bertanding jawatan Presiden Parti pada pemilihan parti Disember ini. Pak Lah mengatakan tidak ada sebab mengapa beliau tidak harus bertanding pada pemilihan ini. Sebenarnya, pada padangan Dara sebagai rakyat biasa ini, Perdana Menteri tidak perlulah menjelaskan mengapa beliau harus bertanding! Beliaukan seorang Perdana Menteri dan sebagai Presiden Parti beliau sememangnya mempunyai hak untuk mempertahankan jawatan tersebut. Kenyataan pertandingan hanya sesuai dilafazkan oleh calon lain yang mempunyai niat untuk memegang atau merebut jawatan tersebut. Rasanya tajuk berita akan menjadi lebih bernilai sekiranya sesuatu yang diluar jangkaan dan yang amat dinanti-nantikan oleh orang ramai dapat diluahkan oleh Pak Lah sendiri. Apa beritanya?....lu pikirlah sendiri!

Monday, June 16, 2008

Demam Pemilihan dah tiba...

Dua tiga malam yang lepas Dara diajak untuk turut ke jamuan makan free di sebuah dewan yang terletak di kawasan perumahan di Subang Mewah yang dibuat khas untuk penduduk-penduduk di kawasan situ. Asalnya Dara malas nak join sebab bab-bab makan free ni mesti berduyun-duyun yang datang tetapi disebabkan ajakan kawan Dara yang merupakan AJK penting persatuan penduduk dan juga AJK UMNO makan Dara pun terpanggillah nak menyelit sekejap Bukan nak makan cuma nak tahu kenapa dalam kegawatan ekonomi mereka masih ada budget nak kasi orang ramai makan free. Rupa-rupanya hasil perbualan Dara dapat tahu yang jamuan tu ditaja oleh Ketua Bahagian yang sememangnya menggalakkan agar mereka mengadakan program jamuan demi untuk menambat hati penduduk kawasan. Almaklumlah, kawasan Subangkan dah jatuh kepada pembangkang! Jadi, ahli-ahli BN khususnya UMNO kena kerja keras sikitlah kalau nak kembalikan keyakinan rakyat.
Kawan Dara kata, Ketua Bahagian mereka baik hati dan senang bertoleransi..cakap apa aje nak dia akan usahakan supaya peruntukan mencukupi. Yang pentingnya ada program! Dengar kata, dewan yang baru dibina hasil titik peluh dan usaha orang-orang UMNO di situ ingin diambil-alih oleh ahli parlimen kawasan Subang. Amoi muda tu nak mintak kunci dewan untuk diserahkan kepada satu lagi puak persatuan yang lain. Jadi, demi untuk menyelamatkan keadaan, Ketua Bahagian yang juga merangkap Menteri penuh kerajaan telah menyuruh kawan Dara dan AJK-AJKnya meletakkan nama dewan menjadi Dewan UMNO sebab katanya duit kos pembinaan dulupun ditaja oleh UMNO pusat.
Dara tertarik mendengar cerita kawan Dara yang melambung memuji Ketua Bahagian yang prihatin dan tak lokek duit. Banyak program yang telah diatur dan kata kawan Dara Ketua Cawangan diapun pandai cari penaja. Kalau duit ada apa program nak buat pun tak jadi masalah. Baguslah kalau Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan pandai jaga anak-anak buah dibawah...dari apa yang Dara dengar Ketua Bahagian ni memang loaded. Dulu waktu kena tahan di airport pun berjuta-juta ada dalam bag dia. Agaknya duit tu tak luak-luak kot...sekarang ni Dara lihat sejak dah dapat pangkat jadi Menteri Penuh, Ketua Bahagian ni bermati-matian berkerja keras untuk menaikkan semula semangat orang-orang UMNO yang semakin lemah selepas pilihanraya yang lalu. Faham-faham sajelah tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia bukan senang. Walaupun busy sebagai menteri dia juga kena pastikan ketua parti terus diberi sokongan yang berterusan. Itu sebablah dia sanggup untuk meredah semua cawangan dan bahagian di Malaysia untuk memberi penerangan.
Dara rasa majoriti orang-orang UMNO dah dewasa dan bijak untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata! Senario sekarang dah tak macam dulu-dulu lagi. Kalau dizaman pembentukan UMNO dulu memang usaha-usaha menjelajah ke sana-sini mendatangkan respon yang positif. Tetapi kini Dara rasa tak perlulah ahli-ahli politik membuang masa dan tenaga memberi penjelasan demi penjelasan kepada orang ramai akan keadaan isu semasa sebab harga minyak pun dah naik. Jangan membazir duit rakyat! Di zaman IT ni kalau nak tahu cerita-cerita panas dan terkini kita hanya perlu hantar sms atau petik komputer saje. Satu dunia boleh membaca...orang-orang dizaman teknologi tinggi ni kalau didepan mata mereka mungkin cakap ya kami sokong tetapi dibelakang mereka pangkah yang lain!
Dara percaya tak lama lagi demam pemilihan akan lebih ketara. Sekarang ni pun wayang kulit dah bermula. Kebanyakan Ketua Bahagian semua suka anak-anak buahnya buat program kerana dalam musim-musin dah dekat pemilihan UMNO ni, semua Ketua Bahagian berlumba-lumba untuk menawan hati orang-orang dibawahnya. Cakap aje apa mereka nak dah tentu bos akan layan! Nanti kalau dah menang esok tentu akan dapat habuan lagi...bercuti dan makan free dah jadi macam trend terkini. Yang bestnya, konsep bercuti diubah sikit menjadi berkursus atau lawatan sambil belajar supaya unsur-unsur sogokan berjaya diketepikan. Dara nak tanya, kursus bodek ada turut diajar tak?

Thursday, June 12, 2008

Orang mInyak

Dah lama rasanya Dara tak menulis didalam blog ini. Ntah kenapa semenjak dua menjak ni, kehidupan Dara tiba-tiba menjadi terlalu sibuk...kehulu kehilir mengalahkan ahli politik! Ada-ada aje masalah yang harus diselesaikan. Ibu Dara kata orang yang busy berpolitik sudah pasti ada habuan yang menunggu tetapi Dara ni tak ada apa yang nak dikejarpun..cuma tolong ikhlas aje!
Sebenarnya semenjak Dara pulang dari bercuti di Swiss Garden ...oops bukan Switzerland ya tetapi Swiss Garden Damai Laut Resort di Lumut! Dara hilang mood sikit nak menulis...mungkin kerana terlalu meluat dan lemas melihat keadaan masa kini yang tak berubah dan masih ditakuk lama.
Baru-baru ni apabila harga minyak diumumkan naik....darah Dara terus menyirap! Satu badan naik angin...sana sini semua orang bercakap pasal harga minyak...minyak naik! minyak naik! barang baik...semua naik!
Dara terkilan benar sebab harga minyak naik sampai 40%! Yang lebih memelikkan, ianya terus dilaksanakan keesokan harinya tanpa memikirkan implikasi kepada rakyat biasa seperti Dara ni!
Dara hairan manusia bodoh mana yang bagi idea sampai naik tinggi giler dan tak pernah fikir tentang emosi dan perasaan rakyat jelata. Yang palihg best dia suruh laksanakan a.s.a.p! Tak sampai 24 jam pun..petang umum esok pagi dah naik harga! Nasib baiklah Dara dah isi minyak siang-siang lagi. Kalau tidak mungkin Dara pun ikut turut beratur di stesyen minyak pada malam tu.Hanya Bodoh bin Bangang yang layak diberikan kepada orang yang memberi dan melaksanakan idea kejam tersebut.
Paling best dia suruh rakyat berlajar berjimat cermat sedangkan hari-hari dalam suratkhabar Dara lihat duit rakyat dilaburkan pada perkara yang tak berfaedah.
Dara memang sakit hati sebab dulu dengan RM50 Dara dapat bertahan selama dua hari memandu dari rumah ke tempat kerja tetapi kini tidak lagi. Jumlah lima puluh ringgit tu hanya dapat bertahan selama satu setengah hari...kadang-kadang tu tak sampai satu haripun dah habis....kalau dulu full tank hanya RM70 tapi kini dah dekat sekali ganda...mungkin ramai yang kata kalau nak jimat duduk rumah ajelah tak payah keluar! Memang senang bercakap ikut sedap mulut...tetapi kenyataannya sesiapa sahaja yang duduk di bandar tidak akan lari dari hakikat bahawa kita perlu kenderaan untuk keluar dan bebelanja. Kita bukan beruk di hutan yang hanya perlu bergayut dari pokok ke pokok...
Pemimpin memang sedap bercakap sebab mereka tidak merasa keperitan yang dialami oleh rakyat biasa. Mulut yang bercakap tidak sama dengan tangan yang berkerja. Dara lebih senang sekiranya harga minyak dinaikkan secara perlahan-lahan dalam tempoh enam bulan akan datang ini. Dara percaya rakyat mungkin tidak terlalu marah sekiranya ianya dijalankan mengikut kaedah berhemah. Namun, nak buat macamana sebab ahli-ahli bijak pandai dah buat keputusan. Yang peliknya bila rakyat dah marah berbagai-bagai kenyataan demi kenyataan dibuat untuk menyejukkan hari rakyat semua. Minyak tak akan naiklah, kasi gaji dua kali sebulanlah, kawal hargalah dan macam-macam lagi. Terbaru depa kata nak suruh kita naik public transport! Mereka akan pastikan rakyat akan mendapat pengangkutan awam yang canggih dan bas yang baik. Almaklumlah, bas-bas baru pun tak lama lagi dah nak siap...banyaklah yang kenyang poket apabila projek tu selesai nanti! Dara kesian tengok bas-bas yang tersadai. Dara rasa bas-bas yang lama tu masih boleh di botox lagi...tak akan nak buang jadi besi buruk pulak!
Apa yang Dara lihat sekarang kepimpinan kita kini memang kucar-kacir..haru-biru dan kelam-kelibut! Cuma tunggu masa aje nak tenggelam ...peliknya semua orang nak tunjuk pandai tapi idea semua hampas! Bila kita hot pasal minyak, maka berbagai-bagai kenyataan untuk menawan hati kita pun mula ditabur. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur!...ko cakaplah macamane pun orang dah tak peduli lagi. Orang kita dah fed-up dan cuma tunggu masa nak meletup aje!
Dara malas nak argue panjang-panjang sebab buang masa aje bercakap dengan orang yang pura-pura bodoh! Nak katakan tak ada telinga nampak panjang, nak katakan tak ada mata nampak terang, mungkin taik telinga dah terlalu banyak sampai jadi pekak dan mata naik rabun sebab hanya nampak kilauan jin dan syaitan!
Anyway, Dara ucapkan salam perkenalan buat Teruna Sunti atas komen you semalam...I totally agree with u! Dara rasa elok Hassan Merican tu dibuang ke laut aje kalau tak reti nak manage...jangan bila naik ke darat jadi orang minyak sudahlah...Dara tak rela disentuh u!!!! Kalau naik kuda takpe...Teruna sunti nak ikut naik tak? hehehe..jangan mare ya!

Petrol



Salah satu sumber menyatakan...

Mohd. Hassan menjelaskan: ‘‘Petronas kini terpaksa menerokai telaga-telaga minyak kecil yang memberikan hasil lima atau 10 juta tong dan bukan lagi telaga-telaga yang menghasilkan 100 juta tong seperti satu ketika dahulu.Sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli."

Mohd. Hassan berkata, langkah memajukan telaga minyak kecil melibatkan kos yang sangat tinggi. Begitu juga apabila Petronas bergerak untuk menerokai kawasan yang jauh dari pantai.Kos untuk melakukan pengerudian telaga minyak di kawasan cetek kini mencecah AS$7 juta berbanding AS$3 juta sebelumnyadengan kos berkaitan carigali seperti penyewaan kapal terus meningkat.

Sebagai contoh, Exxon Mobil hanya mampu meraih AS$40 bilion pada tahun 2006, peningkatan hanya AS$1 bilion meskipun terdapat peningkatan harga minyak dunia yang agak tinggi. “(Sedangkan) ia adalah syarikat minyak terbesar di dunia, paling cekap dan diuruskan pada tahap paling baik. Margin hasil perolehannya telah terhakis,’’

Mohd. Hassan berkata, keadaan itu menyebabkan Petronas terpaksa menerokai kawasan ‘ultra deep’ yang mana terma perjanjian perkongsian lebih berpihak atau menguntungkan pihak asing kerana kos dan keperluan teknologi yang tinggi.“Medan Kikeh yang merupakan medan telaga minyak laut dalam pertama negara terletak di luar pesisir Sabah yang memiliki kedalaman kira-kira 1,300 meter dan medan Gemusut di luar pesisir Sabah yang sedang diterokai memiliki kedalaman kira-kira 1,800 meter,’’

Sumber lain pula menyatakan...

Malaysia Tidak Mampu Lagi Beri Subsidi Minyak 2014

Malaysia mungkin tidak lagi mampu memberi subsidi harga minyak bila ia menjadi 'net importer' atau pengimport bersih bahan itu dijangkakan pada 2014, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang Malaysia lebih bernasib baik daripada Indonesia kerana penduduk Malaysia 10 kali lebih kecil, dengan itu penggunaan minyak lebih kecil berbanding Indonesia.Indonesia terpaksa mengimport minyak kerana penggunaan dalam negeri sudah melebihi pengeluaran, kata Dr. Mahathir yang juga Penasihat Petronas, Perbadanan Minyak Nasional Malaysia.
"Walaupun pengeluaran minyak Malaysia lebih kecil dari pengeluaran oleh Indonesia tetapi kita dapat mengeksport 250,000 tong sehari dan bila hargnya meningkat seperti sekarang kerajaan masih boleh memberi subsidi,".Apabila penggunaan minyak dalam negeri sudah melebihi pengeluaran, timbul masalah untuk memberi subsidi harga.Alternatif perlu dicari termasuk menggunakan aset dan kemampuan yang ada seperti tenaga manusia yang banyak di Indonesia sehingga menghasilkan pendapatan lebih baik serta mengurangkan penggunaan barangan import.

Sebagai contoh, kenaikan harga minyak yang memberi kesan yang tidak diduga begitu besar - dulu satu tong minyak hanya AS$2 tetapi sekarang AS$125.Pada masa sama permintaan terhadap minyak meningkat begitu besar berikutan kemajuan pesat di China, India dan negara Asia lain sedangkan pengeluarannya terhad, maka terjadi kenaikan harga yang tinggi.Ini mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

ada yang kata...
minyak dunia dijangka habis pada tahun 2014... biler minyak abis aper jadi???

1 - dunia nak kiamat...
2 - manusia mula balik pada zaman batu dimana keta semua takleh jalan...machine2 semua takleh function...so nak survive..kener memanah..memancing..tunggang kuda....

p/s: copp...maner nak cari kuda???? cost nak beli pun mahal....idup cam ala2 cowboy ker??? wakkk....yg nyata, minyak akan naik dan tak mungkin akan turunnnn!!!!...by end of this year minyak akan naik for another 20%....so korang jgn terkejut....

cissss sejak biler dara jadi analysis economic nie