CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 23, 2008

Kes Cabul...Siapa Jantannya?

Dara mengurut dada bila membaca kisah seorang pelayan yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri. Dara heran bin ajaib, kenapalah perkara-perkara begini harus berlaku pada masa keadaan politik negara kita sendiri didalam keadaan haru biru.Dalam situasi yang masih tidak menentu ada jugak jantan-jantan politik yang tak pandai jaga maruah diri dan akhirnya tercipta lagi rekod sensasi.
Dara tak terperanjat sangat bila mendengar berita-berita sensasi begini kerana Dara memang tahu sangat tabiat ahli-ahli politikus di Malaysia. Walaupun tak semua tapi hakikatnya memang ramai yang akan mudah lupa daratan dan tidak takutkan tuhan!
Mencabul atau meliwat hanya sebahagian daripada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang diketengahkan. Menurut Jantan Hot yang menjadi informer Dara, sebenarnya lebih banyak lagi kes-kes dasyat yang melibatkan ahli-ahli politik pada masa kini. Cuma ada yang bernasib baik kerana lubang sempat ditutup sebelum dikorek! Pada pandangan Dara sebenarnya banyak lagi perbuatan-perbuatan lain yang boleh dikategorikan sebagai tidak bermoral. Rasuah, menipu dan makan duit rakyat adalah perbuatan yang lebih terkutuk dan terhina!
Dara tak heran sangat baca bab-bab mencabul ni sebab telinga Dara dah immune dengan kes-kes begini. Biasalah orang lelaki ni kalau tengok dahi licin bumper o.k memang tak boleh dicontrol lagi. Cuma yang tak sedap dengar tuduhan melibatkan orang politik. Dara ingin ambik kesempatan mengingatkan orang-orang politik di luar sane terlebih-lebih lagi yang baru-baru naik pangkat jadi menteri supaya jagalah peribadi dan moral diri dimana-mana saje anda berada kerana banyak mata yang suka memerhati.
Hari ini kita mungkin ketawa suka tetapi esok lusa mungkin giliran kita menderita. Jangan ingat bila kita dikelilingi istana batu tak ada mata yang nampak apa yang kita lakukan. Rakyat kini lebih bijak menilai diantara kaca dan permata, diantara batu dan kayu dan diantara langit dan bumi. Rakyat tidak mudah percaya dengan janji-janji palsu tanpa dibuktikan dengan kenyataan.
Dara malas nak berceloteh panjang hari ni sebab dah terlewat nak join Jantan Hot minum kopi malam ni. So, till we meet again...bravo!

5 comments:

Anonymous said...

bukan main komen dara panas....banyak menyentuh politik. bukan semua ahli politik tu jahat. apa pendapat dara panas tentang kepimpinan politik negara dewasa ini ?

Anonymous said...

Dara,

Ini peragai Jantan Umno. jantan PKR, PAS, DAP tak macam dia orang. Jantan MCA pun sama. Tengok lah Choi Soi Lek. Dengan kata lain Jantan BN semua perangai sama. Maaf ye Dara. I tau you Dara Umno.

Nurmala Mazlan said...

Biasa la tu dara. Bila kuasa dah digenggaman.mereka dah tak takut Tuhan.Pada mereka wang segala-galanya. Bila lubang pecah,apa nak takut. Duit ada. Upah je orang lain mengaku itu kesalahan diorang.

Anonymous said...

Hey Dara

Aku tak ada mood nak baca suratkhabar Umno sekarang ini. Bila bekas menteri umno kena dituduh cabul, tak lama lepas itu laporan polis di tarik balik. Aku geleng kepala tengok negara BN ni. Pompuan jaga kedai pun ada duit nak ambil Shafee Abdullah jadi lawyer dia. Kerja pompuan tu salesgirl aja. Ini lah 50 tahun di bawah Umno.
Boringnya aku.

Bye .. aku nak pi cari dara sekarang. Bapak bekas menteri boleh buat kenapa tidak aku... he he he

Anonymous said...

dara

merah menyala lah blog engkau. warna dara agaknya.