Lamanya Dara menyepi dr dunia penuli..rasanya sudah hampir 5 tahun Dara tak menulis di blog alam maya ni...apa, kenapa dan mengapa..janganlah ditanya kerana jurang 5 tahun itu adalah agak lama jaraknya..pelbagai perkara boleh berlaku...kalau ada pengantin yg baru kahwin, rasanya tidak mustahi kalau ini mereka dah ada anak 5 berderet...setiap tahun satu anak....
Walau bagaimanapun, pembaca sume don't worry...Dara tetap suci lg bersih.malah kini semakin Hot..Hot..Hot... gitu...antway, starting fro today..Dara akan update apa saja yg terlintas di benak kepala ini untuk dikongsi bersama dgn anda semua ya..
Friday, January 17, 2014
Huhuhu..Dara is back after eating kangkung...
Posted by darapanas at 4:20 PM 0 comments
Sunday, August 3, 2008
Tun Dr Mahathir Kecam Kehadiran Tony Blair
Go read what CHE DET has to say.


Jiwa Tun adalah jiwa pejuang umat Islam yang sebenar ... Beliau berani kerana benar ... Allah jadikan Tun untuk kita umat Melayu Islam ambil ilmu dari beliau untuk menjaga bangsa, agama dan tanahair ... selain memberikan sokongan kepada umat Islam di negara luar (seperti yang Tun lakukan sejak dulu)! ... Lihat sahaja Tun adalah pemimpin Islam yang satu-satunya berani lantang mengutuk dan kritik Amerika dan Britain di PBB kerana menyerang Iraq, mengutuk Yahudi yang membunuh Palestin, mengutuk Serbia dan semua yang menjadi penjenayah perang (pembunuh) ke atas umat yang tidak bersalah! ....Posted by darapanas at 2:03 AM 2 comments
Tuesday, July 29, 2008
Dara Masih Hot!
Hari ni Dara benar-benar kepenatan...tak sempat nak bernafas panjang, ada-ada aje benda yang terpaksa diselesaikan. Mujurlah Dara masih hot dan ada energy..dapat jugak memenuhi semua permintaan. Di sebabkan nak bereskan semuanya dalam satu masa akhirnya hari ni Dara termasuk lewat ke pejabat. Sebenarnya Dara pergi ke Pulau Indah . Dara tak pernah ke sana tetapi sebab ada benda yang nak diuruskan di Segi Kolej, jadi Dara pun terpaksa jugak drive ke sana. Melalui lebuhraya Kesas menuju ke Pulau Indah menghala ke Pelabuhan Kelang memang mengindahkan pandangan tetapi sekali-sekala mengantuk jugak sebab jalan yang lurus menyebabkan Dara mudah bosan.
Sewaktu Dara memandu pulang menuju ke Kuala Lumpur, hanphone Dara tak berhenti-henti berdering..member pejabat talipon sebab mesyuarat yang sepatutnya bermula pukul 1 tengahari terpaksa ditunda ke pukul dua sebab ketiadaan Dara. Maklumlah, Dara nikan memang orang penting...mulut murai sikit...suka bercakap jadi kalau kita tak ada, alamat tak lengkaplah mesyuarat !.. Ewah-ewah, perasanlah pulak Dara ni..anyway, it's a fact! Orang wanita ni memang terkenal dengan rajin membuat kerja. Almaklumlah, Dara kan masih sunti, jadi soal ringan tulang ni tak menjadi masalah. Ada orang yang pandai bercakap tapi tak pandai bekerja..ada yang pandai buat kerja tapi tak pandai bercakap tetapi yang paling best apabila ada yang pandai bercakap dan juga bijak membuat kerja!
Bercakap pasal rajin buat kerja ni, Dara rasa wanita-wanita UMNO memang terkenal dengan attitude kerajinan semulajadi mereka! Bak kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato' Seri Rafidah Aziz, Wanita UMNO lebih suka kurang bercakap tetapi kerja senantiasa jalan.
Sumbangan Wanita UMNO sewaktu pilihanraya memang tidak boleh dinafikan. Dara suka melihat makcik-makcik dan kakak-kakak yang terkenal dengan identiti baju merah putih ini bekerja. Cara mereka bekerja memang tidak mengenal waktu dan kadangkala tu sanggup tinggalkan anak dan suami demi untuk memastikan kejayaan parti. Dara rasa pencetus kepada semangat suka bekerja ini sudah pastinya datang daripada Ketua-Ketua mereka sendiri iaitu Dato' Seri Rafidah Aziz dan Exco-Exco Wanitanya. Dara memang setuju dengan pendapat Awang Selamat di Utusan Malaysia tempoh hari yang menyatakan bahawa wanita sepatutnya dijulang ke taraf yang lebih tinggi lagi iaitu sebagai Naib Presiden. Alangkah bangganya kaum Hawa sekiranya negara kita mempunyai pemimpin yang setanding dengan golongan Adam. Namun Dara sedih sekali kerana suntikan tersebut kureng mendapat respon...Ahli-Ahli Wanita semacam malu dan lebih suka bersikap tunggu dan lihat...tak ada response pun yang berani menyahut cabaran tersebut!
Bagi kaum Adam pula, Dara memang menggeleng kepala sehingga 90 darjah apabila melihat senarai calon-calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden...terlalu ramai yang merasakan mereka layak untuk merebut jawatan tersebut. Agaknya semua calon rasa teruja dan ingin melihat siapa yanglebih terror diantara mereka semua. Almaklumlah, jawatan yang menjadi rebutan ini kan umpama duduk di dulang emas...jadi tidak hairanlah sekiranya semua orang memasang angan-angan untuk duduk di lombong emas....Dara harap jangan mereka lemas dalam lombong sudah! Kekadang tu Dara rasa manusia ni tak pandai mengukur baju sendiri..mereka ingat apa saje boleh sapu mereka nak kaup.....mereka tak peduli samada layak atau tidak belakang kira.........apa yang mereka inginkan adalah kekuasaan dan kepuasan! Apa pandangan orang mereka tidak peduli...janji apa yang diidamkan bisa tercapai!
Ntahlah, malas Dara nak komen banyak-banyak tentang politik di Malaysia ni...semuanya macam politik biskut...sekejap ada sekejap takde...sekejap marah sekejap terbalik...yang lebih pelik tu prinsip cakap tak serupa bikin sudah semacam menjadi tradisi kepada golongan-golongan yang hipokrit ini.
Anyway, Dara dah dapat hobi baru!...Dara kini banyak menghabiskan masa santai dengan bersenam...pergi gym...buat exercise supaya lemak-lemak yang tak patut melekat dibadan dapat dinyahkan. Kalau nak tahu Dara baru saje sain keahlian dengan True Fitness untuk tempoh dua tahun..Dara seronok dapat bersenam dalam suasana yang eksklusif lagi santai. Lebih seronok apabila dapat berkurung dalam bilik wap panas...walaupun bilik tu panas tetapi Dara puas hati sebab banyak berpeluh...habis daki-daki toksid semua keluar..yelah, Dara kan suka pada benda-benda yang Hot!!!lagipun ramai Jantan-Jantan macho kat sane. Kalau nak jumpa Dara and the geng jomlah ramai-ramai turun ke True Fitness di Pavillion ya! ....Bye...
Posted by darapanas at 6:24 PM 0 comments
Sunday, July 27, 2008
Dara di Smart Cyber
Waktu kini menunjukkan jam 12.45 malam..Dara kini berada di Smart Cyber, salah sebuah siber kafe yang baru sahaja dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Malam-malam buta begini ramai jugak anak-anak muda yang masih duduk melepak di Siber. Kebanyakannya mereka terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM. Dara tidak pasti samada mereka menggunakan kemudahan I.T ini untuk mengulangkaji pelajaran ataupun lebih kepada melayari internet untuk berchatting.
Suasana didalam Smart Cyber ini agak selesa dan menyenangkan mata. Susunan dan peralatannya yang serba baru membuatkan Dara terhibur dan sedap mata memandang. Dara saja singgah di sini untuk berjumpa dengan Jantan Hot (J.H). Sementara J.H busy berbincang dengan member-member dia di luar, Dara pun ambik kesempatan untuk update sikit blog Dara si pusat siber ini.
Dewasa ini Dara lihat pusat siber tumbuh macam cendawan panas, terutama di kawasan Seksyen 7, Shah Alam ini. Maklumlah, UiTM hanya terletak beberapa meter sahaja daripada kawasan ini dan majoriti pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama menyewa di kawasan ini. Disebabkan faktor itu juga, pusat siber dan restoran-restoran tumbuh merata di kawasan ini. Tak taulah Dara samada perniagaan Siber ini memang benar-benar menguntungkan tetapi
apa yang mebanggakan Dara ialah penglibatan kaum bumiputera yang semakin berani melibatkan diri dalam perniagaan siber ini. Bukan calang-calang modal diperlukan untuk melabur dalam perniagaan ini. Kosnya operasinya tinggi tetapi pulangannya Dara tidak pasti. Kalau volume pelanggannya tinggi, sudah pasti boleh menguntungkan tetapi kalau dah kiri kanan semua pusat siber, Dara tak taulah apa nak kata...persaingan dalam perniagaan memang digalakkan tetapi untuk mendapat lebih ramai pelanggan, Dara rasa penggendali siber perlu membuat banyak homework dan promosi yang menarik.
Kenapalah Dara tiba-tiba bercakap pasal siber pulak malam ni...selalunya Dara ni lebih suka menulis dan berbincang mengenai politik tanahair tetapi seperti yang kita maklum, suasana politik di tanah air kita ini semakim suram dan tidak menyelerakan. Sejak mesyuarat pemilihan cawangan bermula pada bulan Julai ini, tak banyak berita yang panas boleh kita dengari. Kebanyakan cerita semuanya disimpan baik dalam lipatan...samada cerita panas atau sejuk semuanya dinyahbekukan.
Dara sebenarnya tengah dalam proses untuk menyediakan usul untuk saudara Dara membentangkan di dalam mesyuarat cawangannya yang akan diadakan tidak lama lagi. Banyak perkara yang ingin Dara sentuh seperti soal kestabilan ekonomi dan pelajaran terutamanya kedudukan ekonomi yang kini semakin tertekan. Saudara Dara tu memang faham isihati Dara yang dah lama tersurat dan tersirat. Jadi, dia suruh Dara luahkan sahaja supaya dia dapat membentangkannya pada mesyuarat tersebut. Sebenarnya, kalau diizinkan memang banyak yang Dara ingin usulkan terutamanya tentang pentadbiran dan kepimpinan. Dara rasa hajat Dara untuk melihat perubahan besar kepada pucuk pimpinan UMNO pada pemilihan yang akan datang ini cuma tinggal angan-angan mat jenin aje...Dara berkata demikian kerana Dara dah dapat lihat suara-suara ahli-ahli UMNO yang dulunya mengaum macam harimau jantan kini dah tak mampu bersuara..kebanyakkannya dah jadi longlai dan mengecut seperti harimau kehilangan taringnya...biasalah bak kata Tun Mahathir dulu, orang melayu ni memang mudah lupa...cakap saje berdegar-degar tetapi bila disuapkan saje sudu emas, semua jadi bisu...kelu nak berkata-kata..sering hidup dalam kepura-puraan..
Dara malas nak komen perkara-perkara sensitif begini kerana Dara pun orang melayu. Cubit peha kiri peha kanan pun turut terasa tetapi Dara rasa kalau ahli-ahli UMNO sayangkan parti dan negara, mereka patut membuka mata luas-luas serta tepuk dada tanya selera!
Inilah waktu yang paling sesuai untuk ahli-ahli UMNO bersuara dan keluar dari kepompong ketakutan...jangan asyik berani berkata dibelakang tetapi dihadapan kecut...kita harus akui bahawa keadaan ekonomi kita makin meruncing..nilai wang kita semakin mengecil...sejak harga minyak naik dan subsidi diubah-suai sesuka hati, keadaan taraf hidup kita semua semakin tidak menentu. Perbelanjaan harian masyarakat semakin bertambah dan peniaga-peniaga juga semakin galak mengambil kesempatan menaikkan harga. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, Dara percaya nescaya rakyat kita akan menjadi lebih sengsara...
Dara percaya ramai yang bersetuju apabila dikatakan mutu pentadbiran negara kita kini kian merosot. Dah tah ada umph lagi...ianya ibarat lauk-pauk yang kekurangan garam. Tawar hebeh, tidak ada rasa dan tidak ada daya penarik...apa yang tinggal cuma hampeh belaka!
Malang sekali, hampeh-hampeh ini akan turut menjahanamkan kita semua...Dara harap jangan sampai lauk jadi basi sudah...
Hari dah lewat pagi...Jantan Hot dah letih menunggu Dara dan dah bagi signal kat Dara untuk chow chin chow...we all nak gi ronda-rondi kejap...so, till we meet again, o.k! Adios...
Posted by darapanas at 12:36 AM 1 comments
Wednesday, July 16, 2008
Happy Birthday Tun!
Malam semalam Dara sempat menghadiri sambutan jamuan harijadi kepada bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Walaupun majlis itu supposely to be private and exclusive namun ia turut dihadiri oleh beberapa orang politik, orang korporat dan kenamaan.
Walaupun usia Tun sudah mencecah 83 tahun namun Dara merasa amat bangga kerana diusia emas seperti itu, Tun masih mempunyai ketajaman pemikiran dan kata-kata hikmat yang boleh digunapakai sepanjang zaman....
Ucapan Tun yang selamba tetapi penuh bermakna menunjukkan Tun mempunyai sense of humor yang sangat tinggi...
Di malam itu Dara sungguh seronok kerana dapat bersalam sekali lagi dengan Tun dan isteri. Dara sempat membisikan kepadanya supaya membaca blog Dara sebab dara pun suka membaca blog chedet.com. Samada Tun dengar atau tidak bisikan Dara, hamba tidak kesah kerana yang pentingnya hasrat Dara tercapai.
Berbalik kepada majlis tadi, Dara sebenarnya merasa bangga dan terharu kerana semangat setiakawan yang dilahirkan oleh tokoh korporat tersebut kepada Tun. Keikhlasan dan penghormatan yang ditunjukkan oleh tokoh korporat cina tersebut terhadap Tun seorang pemimpin melayu yang disegani dan dihormati amat menyentuh hati Dara.
Kita harus akui bahawa Tun telah banyak berjasa kepada negara dan tanahair. Namun, apa yang Dara tidak faham ialah semenjak pengundurannya sebagai pemimpin nombor satu negara, Dara dapat rasakan bahawa kewujudan dan popularitinya cuba dinafikan dan diketepikan sehalus mungkin.
Dara malu dan sedih apabila melihat bangsa asing lebih menghormati Tun daripada bangsa melayu kita sendiri...lebih malang lagi terdapat sejumlah pemimpin kita yang tidak tahu mengenang jasa Tun dan sebaliknya berterusan memberikan persepsi yang buruk bagi meminggirkan Tun daripada terus dipuja dan dikenang oleh anak-anak generasi kini....
Dara rasa sungguh teruja melihat bekas Perdana Menteri dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah masih sihat dan memiliki aura yang dikagumi baik di dalam negara mahupun di luar negara.
Berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang lain, Dara amat menghormati, mengkagumi dan menyayangi Tun di atas kepetahannya berucap, ketajamannya berfikir dan ketinggian ilmu amat luar biasa yang dimilikinya.
Arwah bapa Dara juga pernah menyifatkan Tun sebagai seorang wira negara yang amat berani dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan calang-calang pemimpin yang mampu dan berani untuk memecat seseorang hakim mahupun timbalannya sendiri sedangkan dia sedar akan risiko tidak popular yang bakal dihadapinya. Bukan calang-calang pemimpin juga berani melontarkan pendirian tegas terhadap Amerika dan sekutunya. Tetapi Tun memang berani!
Di bawah pemerintahannya beliau membuktikan bahawa bangsa melayu mampu berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum yang lain.
Dara kagum apabila melihat pemimpian yang sanggup mengorbankan jawatannya demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Malangnya, kini telah tidak ada pemimpin seumpama itu. Apa yang tinggal pada masa ini hanyalah ahli-ahli politik yang hanya ingin mementingkan kedudukan diri sendiri tanpa memperdulikan nasib bangsa, masa depan parti, negara dan ahli-ahlinya.
Dara harap ahli-ahli UMNO dapat bangkit dari tidur lena mereka dan bersedialah untuk melakukan perubahan dan jihad demi kesejahteraan masa depan negara dan agama.
Dara harap Tun dan isteri akan panjang umur dan senantiasa sihat sejahtera...insyaallah...HAPPY BIRTHDAY!
Posted by darapanas at 4:13 PM 2 comments
Antara Fantansi dan Realiti....lu fikirlah sendiri!
Assalamualaikum semua. Malam tadi Dara terima sms dari jantan cool yang bertanya kenapa Dara dah lama tidak menurunkan kata-kata didalam blog Dara ini.
Untuk pengetahuan semua, bukan Dara dah kekurangan idea atau buntu untuk menulis. Sebenarnya, banyak yang ingin diperkatakan dan diperdebatkan namun disebabkan senario negara terkini yang agak kelam kelibut sedikit maka Dara lebih suka mematikan diri seketika sambil menjadi pemerhati demi untuk memastikan realiti mengatasi fantasi.
Dara rasa sandiwara politik masakini lebih banyak fantasi dari realiti. Fantasi kalau diilusikan dalam bahasa yang mudah samalah seperti angan-angan. Hidup kita ni memang banyak angan-angan. Dara pun pada zaman kanak-kanak dulu pun memang suka berangan. Walaupun tahu gunung yang nak dikejar mungkin tak kesampaian namun keindahan mimpi yang diimaginasi sekurang-kurangnya dapat menjadi sumber inspirasi diri.
Dara rasa menjelang pemilihan UMNO yang akan bermula tidak lama lagi, ramai orang-orang UMNO dan mula berfantasi. Dari ahli biasa yang dibawah sehinggalah ahli-ahli tertinggi yang di atas, semuanya pasti telah mula berfantasi dan melayani mimpi indah tersendiri. Dalam keadaan susur galur carta-carta kepimpinan UMNO yang agak kabur dan tidak teratur ini, Dara pasti ramai ahli-ahli UMNO kini dah mula berangan dan berfantasi untuk merebut pelbagai jawatan. Maklumlah dimusim tarik-tali begini, sokongan disegenap penjuru amatlah diperlukan. Tali yang kuat bukan semestinya menjadi penentu kemenangan. Apa yang penting tangan siapa yang menggengam, tangan siapa yang digenggam, tangan siapa yang menarik, tangan siapa yang kena tarik dan tangan mana yang bakal dicarik...itulah yang kita kena halusi dan bertanya kepada diri kita sendiri!
Baru-baru ini ahli-ahli UMNO dikejutkan (Dara tidak terkejut langsung) oleh Pak Lah mengenai peralihan kuasa yang telah dirancang dan turut dipersetujui oleh orang nombor dua UMNO. Dara sukar untuk mengerti apakah rasional Pak Lah untuk mengumumkan peralihan kuasa yang hanya akan berlaku pada tempoh dua tahun yang akan datang. Dalam keadaan tekanan hidup yang semakin tinggi ini, tempoh dua tahun itu sememangnya terlalu panjang dirasakan.
Dalam hidup ini memang lah kita digalakkan untuk merancang kerana kaedah merancang adalah satu tindakan yang terbukti baik dan berkesan. Dalam perkahwinan pun kita digalakkan untuk merancang keluarga, inikan pula pentadbiran negara...semuanya harus dirancang dan dihalusi dengan sebijak-bijaknya. Sekiranya tersilap perancangan maka haru-birulah jadinya. Walaubagaimanapun, perancangan tidak semestinya menjanjikan kejayaan! Sebagai orang islam kita harus percaya kepada Qada dan Qadar...adakalanya apa yang dirancangkan oleh kita tidak semestinya menjadi realiti. Perancangan yang tidak bijak atau terburu-buru boleh membawa kepada bencana dan malapetaka.
Pada hemat Dara, pengumuman oleh Perdana Menteri kita pada baru-baru ini mengenai pengunduran dan penggantinya pada 2010 adalah lebih menjurus kepada permintaan kepada semua ahli-ahli cawangan dan bahagian untuk tidak mempertandingkan jawatan nombor satu dan nombor dua. Permintaan yang lebih merupakan kepada peringatan bahawa tidak ingin melihat ahli-ahli dan parti berpecah merupakan satu alasan yang Dara lihat lebih menjurus kepada kepentingan peribadi dan periuk nasi sendiri. Dara pasti disaat ini ramai ahli-ahli UMNO yang masih didalam awang-awangan dan tidak pasti akan halatuju yang patut diikuti. Walaupun ada suara-suara yang bergema untuk menuntut peralihan dilaksanakan secepat mungkin namun akan terdapat tangan-tangan tersembunyi yang menutup suara-suara ini. Tangan-tangan ini bukan sahaja akan menutup mulut bahkan akan turut menaburkan segala jenis haruman dan air renjisan yang amat bermakna kepada semua ahli-ahli. Haruman dan renjisan yang berkilau-kilauan ini akan menutup segala mata dan telinga ahli-ahli.
Di musim pemilihan ini, renjisan dan haruman yang kuat dan power sahaja akan mendapat sokongan. No money no talk! Itulah yang dapat Dara simpulkan apabila musim pemilihan menjelang tiba. Mana-mana ahli yang dan buncit dan kenyang akan bertambah-tambah gedebab gedembullah apabila direnjis di musim pemilihan nanti. Saudara-saudara semua jangan sampai tersungkur sudahlah ya! Maklumlah makan benda-benda yang tak berkat ni banyak mudaratnya...
Di sini Dara ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya kuat semangat dan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji pemilihan. Kita harus bijak dalam membuat keputusan. Kita tidak perlu takut dan tunduk kepada tekanan. Apa yang lebih penting pada masa ini adalah kemakmuran dan kebenaran. Ekonomi negara kita walaupun diuar-uarkan stabil dan terjamin namun hakikatnya inflasi semakin mencengkam. Perbelanjaan Dara sendiripun semakan hari semakin bertambah. Sebenarnya, apa yang didebatkan oleh Datuk Seri Anwar ada kebenarannya. Harga minyak yang dinaikkan pada baru-baru ini memang amat terasa oleh kita semua. Walaupun Kerajaan berkata ini adalah langkah untuk mengelakkan si kaya daripada mengambil harta si miskin, namun rasanya rakyat biasa tidak perduli apa yang berlaku pada si kaya...Kita rakyat jelata hanya ingin meneruskan kehidupan. Walaupun pelbagai alasan diberi namun tempias yang teruk dirasai ialah rakyat biasa sendiri. Dara rasa sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan, Kerajaan harus memikirkan kaedah yang terbaik demi menjaga kepentingan semua golongan.
Keadaan harga yang tidak terkawal dan tekanan hidup yang semakin tinggi memerlukan pemimpin yang berani dan bijak mengawal situasi. Kepimpinan yang sememangnya lemah akan menjadi lebih mudarat sekiranya tidak dirawat!
Tetapi biasalah, mentaliti orang kita memang susah untuk diduga... hari ini kata lain, esok mungkin kata lain...hari ini kata sokong esok mungkin tak sokong..apa nak jadi? Lu fikirlah sendiri...
Posted by darapanas at 9:09 AM 0 comments
Wednesday, June 18, 2008
Kapal BN dah senget...
Dara sebenarnya bukan menyebelahi sesiapa dalam perkara ini tetapi Dara ingin mengulangi pendirian Dara bahawa sekiranya kita ingin melihat negara kita maju dan stabil, kita harus mempunyai KEKUATAN! Kekuatan itu bukan sahaja terletak kepada ekonomi mahupun pertahanan. Ianya akan menjadi lebih kuat sekiranya kita mempunyai pentadbiran yang kukuh dan teguh! Untuk mentadbir sesebuah negara majmuk seperti Malaysia kita memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa dan berani! Kita tidak boleh membenarkan seseorang yang lemah, lembik dan tidak bijak untuk menjadi ketua negara...Untuk menentang musuh kita harus mempunyai barisan panglima yang dapat bekerjasama dengan ketua dan rakyat jelata. Amat malang sekali jika ketua, panglima dan rakyat yang menaiki satu kapal tetapi mempunyai halatuju yang berlainan..alamat sengetlah kapal tersebut!
Dara juga amat tertarik dengan berita Sharizat dan Rafidah...Dara dah lama terhidu akan perang saraf antara pengikut Sharizat dan pengikut setia Rafidah...sebenarnya dalam perkara perebutan jawatan ini Dara rasa yang terlebih kuah dari sudu mengenai pertandingan ini ialah bidadari-bidadari yang mengekor kedua-dua bos mereka ini. Masing-masing inginkan bos mereka menjadi ketua..projek laga-melaga memang kegemaran orang perempuan...Dara tak suka campur dalam perkara ni sebab Dara adalah jenis yang suka menilai akan keperibadian, kekuatan, keberanian dan kelebihan seseorang calon sebelum dia dilantik sebagai ketua...adakalanya orang lama tak bererti dia lemah dan orang baru tak bererti tak berilmu! Dalam perkara ni Dara rasa wanita-wanita semua eloklah...lu pikir sendiri! Bravo dulu sebab Dara nak jumpa Jantan Hot...bye...
Posted by darapanas at 6:03 PM 0 comments