Malam semalam Dara sempat menghadiri sambutan jamuan harijadi kepada bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Walaupun majlis itu supposely to be private and exclusive namun ia turut dihadiri oleh beberapa orang politik, orang korporat dan kenamaan.
Walaupun usia Tun sudah mencecah 83 tahun namun Dara merasa amat bangga kerana diusia emas seperti itu, Tun masih mempunyai ketajaman pemikiran dan kata-kata hikmat yang boleh digunapakai sepanjang zaman....
Ucapan Tun yang selamba tetapi penuh bermakna menunjukkan Tun mempunyai sense of humor yang sangat tinggi...
Di malam itu Dara sungguh seronok kerana dapat bersalam sekali lagi dengan Tun dan isteri. Dara sempat membisikan kepadanya supaya membaca blog Dara sebab dara pun suka membaca blog chedet.com. Samada Tun dengar atau tidak bisikan Dara, hamba tidak kesah kerana yang pentingnya hasrat Dara tercapai.
Berbalik kepada majlis tadi, Dara sebenarnya merasa bangga dan terharu kerana semangat setiakawan yang dilahirkan oleh tokoh korporat tersebut kepada Tun. Keikhlasan dan penghormatan yang ditunjukkan oleh tokoh korporat cina tersebut terhadap Tun seorang pemimpin melayu yang disegani dan dihormati amat menyentuh hati Dara.
Kita harus akui bahawa Tun telah banyak berjasa kepada negara dan tanahair. Namun, apa yang Dara tidak faham ialah semenjak pengundurannya sebagai pemimpin nombor satu negara, Dara dapat rasakan bahawa kewujudan dan popularitinya cuba dinafikan dan diketepikan sehalus mungkin.
Dara malu dan sedih apabila melihat bangsa asing lebih menghormati Tun daripada bangsa melayu kita sendiri...lebih malang lagi terdapat sejumlah pemimpin kita yang tidak tahu mengenang jasa Tun dan sebaliknya berterusan memberikan persepsi yang buruk bagi meminggirkan Tun daripada terus dipuja dan dikenang oleh anak-anak generasi kini....
Dara rasa sungguh teruja melihat bekas Perdana Menteri dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah masih sihat dan memiliki aura yang dikagumi baik di dalam negara mahupun di luar negara.
Berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang lain, Dara amat menghormati, mengkagumi dan menyayangi Tun di atas kepetahannya berucap, ketajamannya berfikir dan ketinggian ilmu amat luar biasa yang dimilikinya.
Arwah bapa Dara juga pernah menyifatkan Tun sebagai seorang wira negara yang amat berani dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan calang-calang pemimpin yang mampu dan berani untuk memecat seseorang hakim mahupun timbalannya sendiri sedangkan dia sedar akan risiko tidak popular yang bakal dihadapinya. Bukan calang-calang pemimpin juga berani melontarkan pendirian tegas terhadap Amerika dan sekutunya. Tetapi Tun memang berani!
Di bawah pemerintahannya beliau membuktikan bahawa bangsa melayu mampu berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum yang lain.
Dara kagum apabila melihat pemimpian yang sanggup mengorbankan jawatannya demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Malangnya, kini telah tidak ada pemimpin seumpama itu. Apa yang tinggal pada masa ini hanyalah ahli-ahli politik yang hanya ingin mementingkan kedudukan diri sendiri tanpa memperdulikan nasib bangsa, masa depan parti, negara dan ahli-ahlinya.
Dara harap ahli-ahli UMNO dapat bangkit dari tidur lena mereka dan bersedialah untuk melakukan perubahan dan jihad demi kesejahteraan masa depan negara dan agama.
Dara harap Tun dan isteri akan panjang umur dan senantiasa sihat sejahtera...insyaallah...HAPPY BIRTHDAY!
Wednesday, July 16, 2008
Happy Birthday Tun!
Posted by darapanas at 4:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
betullah dara.. duit dah semakin kurang ni. macam mana nak bawa anak pi kfc. sekarang kena explain betul betul pada anak-anak kena kurang pergi KFc. sebenarnya masih terfikir apa alasan nak bagitau anak-anak. sebulan lebih lagi nak raya. nak kena beli baju raya.pakaian raya, duit raya. nak balik kampung pun tak ada duit.
petrol mahal. dulu nak balik utara kena minyak sampai rm95 sekarang rm130 one way. tak masuk toll lagi. emak ayah kena bagi duit raya juga.
tak apa lah. shabery kata kita kena pikir hal anak2 cucu sebab tu naik harga minyak. so biarlah kita merana sekarang kerana kalau ikut shabery anak cucu kita esok akan senang lenang.
teruna layu tak ada duit
Tiba-tiba rajin pula Dara menulis. Oh lupa. Masih dara. boleh lah tidur ikut time sendiri.
Baru hilang dara
Post a Comment