CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 27, 2008

Dara di Smart Cyber

Waktu kini menunjukkan jam 12.45 malam..Dara kini berada di Smart Cyber, salah sebuah siber kafe yang baru sahaja dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Malam-malam buta begini ramai jugak anak-anak muda yang masih duduk melepak di Siber. Kebanyakannya mereka terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM. Dara tidak pasti samada mereka menggunakan kemudahan I.T ini untuk mengulangkaji pelajaran ataupun lebih kepada melayari internet untuk berchatting.
Suasana didalam Smart Cyber ini agak selesa dan menyenangkan mata. Susunan dan peralatannya yang serba baru membuatkan Dara terhibur dan sedap mata memandang. Dara saja singgah di sini untuk berjumpa dengan Jantan Hot (J.H). Sementara J.H busy berbincang dengan member-member dia di luar, Dara pun ambik kesempatan untuk update sikit blog Dara si pusat siber ini.
Dewasa ini Dara lihat pusat siber tumbuh macam cendawan panas, terutama di kawasan Seksyen 7, Shah Alam ini. Maklumlah, UiTM hanya terletak beberapa meter sahaja daripada kawasan ini dan majoriti pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama menyewa di kawasan ini. Disebabkan faktor itu juga, pusat siber dan restoran-restoran tumbuh merata di kawasan ini. Tak taulah Dara samada perniagaan Siber ini memang benar-benar menguntungkan tetapi
apa yang mebanggakan Dara ialah penglibatan kaum bumiputera yang semakin berani melibatkan diri dalam perniagaan siber ini. Bukan calang-calang modal diperlukan untuk melabur dalam perniagaan ini. Kosnya operasinya tinggi tetapi pulangannya Dara tidak pasti. Kalau volume pelanggannya tinggi, sudah pasti boleh menguntungkan tetapi kalau dah kiri kanan semua pusat siber, Dara tak taulah apa nak kata...persaingan dalam perniagaan memang digalakkan tetapi untuk mendapat lebih ramai pelanggan, Dara rasa penggendali siber perlu membuat banyak homework dan promosi yang menarik.
Kenapalah Dara tiba-tiba bercakap pasal siber pulak malam ni...selalunya Dara ni lebih suka menulis dan berbincang mengenai politik tanahair tetapi seperti yang kita maklum, suasana politik di tanah air kita ini semakim suram dan tidak menyelerakan. Sejak mesyuarat pemilihan cawangan bermula pada bulan Julai ini, tak banyak berita yang panas boleh kita dengari. Kebanyakan cerita semuanya disimpan baik dalam lipatan...samada cerita panas atau sejuk semuanya dinyahbekukan.
Dara sebenarnya tengah dalam proses untuk menyediakan usul untuk saudara Dara membentangkan di dalam mesyuarat cawangannya yang akan diadakan tidak lama lagi. Banyak perkara yang ingin Dara sentuh seperti soal kestabilan ekonomi dan pelajaran terutamanya kedudukan ekonomi yang kini semakin tertekan. Saudara Dara tu memang faham isihati Dara yang dah lama tersurat dan tersirat. Jadi, dia suruh Dara luahkan sahaja supaya dia dapat membentangkannya pada mesyuarat tersebut. Sebenarnya, kalau diizinkan memang banyak yang Dara ingin usulkan terutamanya tentang pentadbiran dan kepimpinan. Dara rasa hajat Dara untuk melihat perubahan besar kepada pucuk pimpinan UMNO pada pemilihan yang akan datang ini cuma tinggal angan-angan mat jenin aje...Dara berkata demikian kerana Dara dah dapat lihat suara-suara ahli-ahli UMNO yang dulunya mengaum macam harimau jantan kini dah tak mampu bersuara..kebanyakkannya dah jadi longlai dan mengecut seperti harimau kehilangan taringnya...biasalah bak kata Tun Mahathir dulu, orang melayu ni memang mudah lupa...cakap saje berdegar-degar tetapi bila disuapkan saje sudu emas, semua jadi bisu...kelu nak berkata-kata..sering hidup dalam kepura-puraan..
Dara malas nak komen perkara-perkara sensitif begini kerana Dara pun orang melayu. Cubit peha kiri peha kanan pun turut terasa tetapi Dara rasa kalau ahli-ahli UMNO sayangkan parti dan negara, mereka patut membuka mata luas-luas serta tepuk dada tanya selera!
Inilah waktu yang paling sesuai untuk ahli-ahli UMNO bersuara dan keluar dari kepompong ketakutan...jangan asyik berani berkata dibelakang tetapi dihadapan kecut...kita harus akui bahawa keadaan ekonomi kita makin meruncing..nilai wang kita semakin mengecil...sejak harga minyak naik dan subsidi diubah-suai sesuka hati, keadaan taraf hidup kita semua semakin tidak menentu. Perbelanjaan harian masyarakat semakin bertambah dan peniaga-peniaga juga semakin galak mengambil kesempatan menaikkan harga. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, Dara percaya nescaya rakyat kita akan menjadi lebih sengsara...
Dara percaya ramai yang bersetuju apabila dikatakan mutu pentadbiran negara kita kini kian merosot. Dah tah ada umph lagi...ianya ibarat lauk-pauk yang kekurangan garam. Tawar hebeh, tidak ada rasa dan tidak ada daya penarik...apa yang tinggal cuma hampeh belaka!
Malang sekali, hampeh-hampeh ini akan turut menjahanamkan kita semua...Dara harap jangan sampai lauk jadi basi sudah...
Hari dah lewat pagi...Jantan Hot dah letih menunggu Dara dan dah bagi signal kat Dara untuk chow chin chow...we all nak gi ronda-rondi kejap...so, till we meet again, o.k! Adios...

1 comments:

Anonymous said...

Lesu... itulah kepimpinan pak lah. dia duduk kat putrajaya macam duduk di rumah, bersantai. mungkin dia lupa dia perdana menteri.

jahanamlah negara ini. dua bulan lagi nak raya. nak balik kampung pun dah mahal.

pada muka aku. kerana biar umno memerintah lama sangat.

sekali lagi, jangan harap aku nak undi umno lagi. janganlah orang umno duk sibuk nak cakap orang melayu dah hilang kuasa.

tak kuasa aku nak bagi kuasa kat orang umno yang diguna kuasa untuk kayakan diri.

tengoklah khir toyo, betapa kaya dia. tengok lah mat taib betapa kaya dia. tengok zain badak berapa banyak dia angkut selama ni.

zahidi hamidi pernah bawa helikopter turun kat rumah dia.

yang bodoh aku. kerana sokong umno