Mohd. Hassan menjelaskan: ‘‘Petronas kini terpaksa menerokai telaga-telaga minyak kecil yang memberikan hasil lima atau 10 juta tong dan bukan lagi telaga-telaga yang menghasilkan 100 juta tong seperti satu ketika dahulu.Sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli."
Mohd. Hassan berkata, langkah memajukan telaga minyak kecil melibatkan kos yang sangat tinggi. Begitu juga apabila Petronas bergerak untuk menerokai kawasan yang jauh dari pantai.Kos untuk melakukan pengerudian telaga minyak di kawasan cetek kini mencecah AS$7 juta berbanding AS$3 juta sebelumnyadengan kos berkaitan carigali seperti penyewaan kapal terus meningkat.
Sebagai contoh, Exxon Mobil hanya mampu meraih AS$40 bilion pada tahun 2006, peningkatan hanya AS$1 bilion meskipun terdapat peningkatan harga minyak dunia yang agak tinggi. “(Sedangkan) ia adalah syarikat minyak terbesar di dunia, paling cekap dan diuruskan pada tahap paling baik. Margin hasil perolehannya telah terhakis,’’
Mohd. Hassan berkata, keadaan itu menyebabkan Petronas terpaksa menerokai kawasan ‘ultra deep’ yang mana terma perjanjian perkongsian lebih berpihak atau menguntungkan pihak asing kerana kos dan keperluan teknologi yang tinggi.“Medan Kikeh yang merupakan medan telaga minyak laut dalam pertama negara terletak di luar pesisir Sabah yang memiliki kedalaman kira-kira 1,300 meter dan medan Gemusut di luar pesisir Sabah yang sedang diterokai memiliki kedalaman kira-kira 1,800 meter,’’
Sumber lain pula menyatakan...
Malaysia Tidak Mampu Lagi Beri Subsidi Minyak 2014
Malaysia mungkin tidak lagi mampu memberi subsidi harga minyak bila ia menjadi 'net importer' atau pengimport bersih bahan itu dijangkakan pada 2014, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang Malaysia lebih bernasib baik daripada Indonesia kerana penduduk Malaysia 10 kali lebih kecil, dengan itu penggunaan minyak lebih kecil berbanding Indonesia.Indonesia terpaksa mengimport minyak kerana penggunaan dalam negeri sudah melebihi pengeluaran, kata Dr. Mahathir yang juga Penasihat Petronas, Perbadanan Minyak Nasional Malaysia.
"Walaupun pengeluaran minyak Malaysia lebih kecil dari pengeluaran oleh Indonesia tetapi kita dapat mengeksport 250,000 tong sehari dan bila hargnya meningkat seperti sekarang kerajaan masih boleh memberi subsidi,".Apabila penggunaan minyak dalam negeri sudah melebihi pengeluaran, timbul masalah untuk memberi subsidi harga.Alternatif perlu dicari termasuk menggunakan aset dan kemampuan yang ada seperti tenaga manusia yang banyak di Indonesia sehingga menghasilkan pendapatan lebih baik serta mengurangkan penggunaan barangan import.
Sebagai contoh, kenaikan harga minyak yang memberi kesan yang tidak diduga begitu besar - dulu satu tong minyak hanya AS$2 tetapi sekarang AS$125.Pada masa sama permintaan terhadap minyak meningkat begitu besar berikutan kemajuan pesat di China, India dan negara Asia lain sedangkan pengeluarannya terhad, maka terjadi kenaikan harga yang tinggi.Ini mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
ada yang kata...
minyak dunia dijangka habis pada tahun 2014... biler minyak abis aper jadi???
1 - dunia nak kiamat...
2 - manusia mula balik pada zaman batu dimana keta semua takleh jalan...machine2 semua takleh function...so nak survive..kener memanah..memancing..tunggang kuda....
p/s: copp...maner nak cari kuda???? cost nak beli pun mahal....idup cam ala2 cowboy ker??? wakkk....yg nyata, minyak akan naik dan tak mungkin akan turunnnn!!!!...by end of this year minyak akan naik for another 20%....so korang jgn terkejut....
cissss sejak biler dara jadi analysis economic nie


2 comments:
Our govt always compared our petrol to non oil-producing
countries like Singapore and Thailand but got no balls to do the
comparison
with other oril producing countries like below. Check for yourself:
UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre
p/s - negara dah ada petrol sendiri pun harga leh increase cam tu sekali
Dara,
Hassan Merican akhirnya membuat pengakuan bahawa Exxon Mobil adalah syarikat minyak yang terbaik di dunia. Kalau itulah ceritanya, Hassan perlu letak jawatan kerana Petronas bukan lah syarikat yang terbaik untuk menguruskan minyak kita.
Kedua, kerajaan hendaklah menamatkan kontrak Petronas dari menggali minyak kita.
Minyak, air dan gas adalah anugerah tuhan kepada rakyat jelata. Ia adalah hak Allah dianugerahkan kepada kita semua. Ia nya bukan hak Umno, hak Petronas atau hak Hassan Merican.
Petronas hanyalah kontraktor yang diberikan tanggungjawab untuk meneroka minyak kita. Itu sahaja.
Petronas adalah seperti kontraktor-kontraktor yang lain.
bila gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, kita tamatkan kontrak kita. Petronas hanya untung kerana harga minyak naik.
Mana-mana syarikat boleh lakukan. Mana-mana president boleh lakukan.
Kalau Exxon Mobil yang terbaik, baik kita berikan kepada mereka untuk teroka minyak kita dan kita akan dapat lebih untung dari apa yang dilakukan Petronas.
Sekurang-kurangnya untung yang lebih ini boleh digunakan membantu rakyat marhein macam kita.
Teruna Sunti
Post a Comment