CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 12, 2008

Orang mInyak

Dah lama rasanya Dara tak menulis didalam blog ini. Ntah kenapa semenjak dua menjak ni, kehidupan Dara tiba-tiba menjadi terlalu sibuk...kehulu kehilir mengalahkan ahli politik! Ada-ada aje masalah yang harus diselesaikan. Ibu Dara kata orang yang busy berpolitik sudah pasti ada habuan yang menunggu tetapi Dara ni tak ada apa yang nak dikejarpun..cuma tolong ikhlas aje!
Sebenarnya semenjak Dara pulang dari bercuti di Swiss Garden ...oops bukan Switzerland ya tetapi Swiss Garden Damai Laut Resort di Lumut! Dara hilang mood sikit nak menulis...mungkin kerana terlalu meluat dan lemas melihat keadaan masa kini yang tak berubah dan masih ditakuk lama.
Baru-baru ni apabila harga minyak diumumkan naik....darah Dara terus menyirap! Satu badan naik angin...sana sini semua orang bercakap pasal harga minyak...minyak naik! minyak naik! barang baik...semua naik!
Dara terkilan benar sebab harga minyak naik sampai 40%! Yang lebih memelikkan, ianya terus dilaksanakan keesokan harinya tanpa memikirkan implikasi kepada rakyat biasa seperti Dara ni!
Dara hairan manusia bodoh mana yang bagi idea sampai naik tinggi giler dan tak pernah fikir tentang emosi dan perasaan rakyat jelata. Yang palihg best dia suruh laksanakan a.s.a.p! Tak sampai 24 jam pun..petang umum esok pagi dah naik harga! Nasib baiklah Dara dah isi minyak siang-siang lagi. Kalau tidak mungkin Dara pun ikut turut beratur di stesyen minyak pada malam tu.Hanya Bodoh bin Bangang yang layak diberikan kepada orang yang memberi dan melaksanakan idea kejam tersebut.
Paling best dia suruh rakyat berlajar berjimat cermat sedangkan hari-hari dalam suratkhabar Dara lihat duit rakyat dilaburkan pada perkara yang tak berfaedah.
Dara memang sakit hati sebab dulu dengan RM50 Dara dapat bertahan selama dua hari memandu dari rumah ke tempat kerja tetapi kini tidak lagi. Jumlah lima puluh ringgit tu hanya dapat bertahan selama satu setengah hari...kadang-kadang tu tak sampai satu haripun dah habis....kalau dulu full tank hanya RM70 tapi kini dah dekat sekali ganda...mungkin ramai yang kata kalau nak jimat duduk rumah ajelah tak payah keluar! Memang senang bercakap ikut sedap mulut...tetapi kenyataannya sesiapa sahaja yang duduk di bandar tidak akan lari dari hakikat bahawa kita perlu kenderaan untuk keluar dan bebelanja. Kita bukan beruk di hutan yang hanya perlu bergayut dari pokok ke pokok...
Pemimpin memang sedap bercakap sebab mereka tidak merasa keperitan yang dialami oleh rakyat biasa. Mulut yang bercakap tidak sama dengan tangan yang berkerja. Dara lebih senang sekiranya harga minyak dinaikkan secara perlahan-lahan dalam tempoh enam bulan akan datang ini. Dara percaya rakyat mungkin tidak terlalu marah sekiranya ianya dijalankan mengikut kaedah berhemah. Namun, nak buat macamana sebab ahli-ahli bijak pandai dah buat keputusan. Yang peliknya bila rakyat dah marah berbagai-bagai kenyataan demi kenyataan dibuat untuk menyejukkan hari rakyat semua. Minyak tak akan naiklah, kasi gaji dua kali sebulanlah, kawal hargalah dan macam-macam lagi. Terbaru depa kata nak suruh kita naik public transport! Mereka akan pastikan rakyat akan mendapat pengangkutan awam yang canggih dan bas yang baik. Almaklumlah, bas-bas baru pun tak lama lagi dah nak siap...banyaklah yang kenyang poket apabila projek tu selesai nanti! Dara kesian tengok bas-bas yang tersadai. Dara rasa bas-bas yang lama tu masih boleh di botox lagi...tak akan nak buang jadi besi buruk pulak!
Apa yang Dara lihat sekarang kepimpinan kita kini memang kucar-kacir..haru-biru dan kelam-kelibut! Cuma tunggu masa aje nak tenggelam ...peliknya semua orang nak tunjuk pandai tapi idea semua hampas! Bila kita hot pasal minyak, maka berbagai-bagai kenyataan untuk menawan hati kita pun mula ditabur. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur!...ko cakaplah macamane pun orang dah tak peduli lagi. Orang kita dah fed-up dan cuma tunggu masa nak meletup aje!
Dara malas nak argue panjang-panjang sebab buang masa aje bercakap dengan orang yang pura-pura bodoh! Nak katakan tak ada telinga nampak panjang, nak katakan tak ada mata nampak terang, mungkin taik telinga dah terlalu banyak sampai jadi pekak dan mata naik rabun sebab hanya nampak kilauan jin dan syaitan!
Anyway, Dara ucapkan salam perkenalan buat Teruna Sunti atas komen you semalam...I totally agree with u! Dara rasa elok Hassan Merican tu dibuang ke laut aje kalau tak reti nak manage...jangan bila naik ke darat jadi orang minyak sudahlah...Dara tak rela disentuh u!!!! Kalau naik kuda takpe...Teruna sunti nak ikut naik tak? hehehe..jangan mare ya!

2 comments:

Anonymous said...

Betul tu dara. Pemimpin mmg la tak terasa. Mereka ada elaun bulanan. Walaupun dah dipotong 10%. Tapi tetap ada kan?? Jangan la pentingkan diri sendiri. Fikir juga la kemampuan rakyat..

Anonymous said...

dara

jelas u cukup emotional. i pun geram. tak ada perasan langsung. Dulu bangang tu beli kapal terbang. duit sapa. orang tulis dalam blog dia buat tak peduli. dia buat tak tau. buat tuli. buat pekak. sekarang berpura-pura. anak menantu dia kaya raya. dia ingat kita semua bodoh. bagi RM625 semua orang akan sokong dia dan umno. sorry beb. lima tahun lagi, kita hanyutkan depa semua.

TERUNA TAK PERNAH MONOPAUSE