CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 16, 2008

Demam Pemilihan dah tiba...

Dua tiga malam yang lepas Dara diajak untuk turut ke jamuan makan free di sebuah dewan yang terletak di kawasan perumahan di Subang Mewah yang dibuat khas untuk penduduk-penduduk di kawasan situ. Asalnya Dara malas nak join sebab bab-bab makan free ni mesti berduyun-duyun yang datang tetapi disebabkan ajakan kawan Dara yang merupakan AJK penting persatuan penduduk dan juga AJK UMNO makan Dara pun terpanggillah nak menyelit sekejap Bukan nak makan cuma nak tahu kenapa dalam kegawatan ekonomi mereka masih ada budget nak kasi orang ramai makan free. Rupa-rupanya hasil perbualan Dara dapat tahu yang jamuan tu ditaja oleh Ketua Bahagian yang sememangnya menggalakkan agar mereka mengadakan program jamuan demi untuk menambat hati penduduk kawasan. Almaklumlah, kawasan Subangkan dah jatuh kepada pembangkang! Jadi, ahli-ahli BN khususnya UMNO kena kerja keras sikitlah kalau nak kembalikan keyakinan rakyat.
Kawan Dara kata, Ketua Bahagian mereka baik hati dan senang bertoleransi..cakap apa aje nak dia akan usahakan supaya peruntukan mencukupi. Yang pentingnya ada program! Dengar kata, dewan yang baru dibina hasil titik peluh dan usaha orang-orang UMNO di situ ingin diambil-alih oleh ahli parlimen kawasan Subang. Amoi muda tu nak mintak kunci dewan untuk diserahkan kepada satu lagi puak persatuan yang lain. Jadi, demi untuk menyelamatkan keadaan, Ketua Bahagian yang juga merangkap Menteri penuh kerajaan telah menyuruh kawan Dara dan AJK-AJKnya meletakkan nama dewan menjadi Dewan UMNO sebab katanya duit kos pembinaan dulupun ditaja oleh UMNO pusat.
Dara tertarik mendengar cerita kawan Dara yang melambung memuji Ketua Bahagian yang prihatin dan tak lokek duit. Banyak program yang telah diatur dan kata kawan Dara Ketua Cawangan diapun pandai cari penaja. Kalau duit ada apa program nak buat pun tak jadi masalah. Baguslah kalau Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan pandai jaga anak-anak buah dibawah...dari apa yang Dara dengar Ketua Bahagian ni memang loaded. Dulu waktu kena tahan di airport pun berjuta-juta ada dalam bag dia. Agaknya duit tu tak luak-luak kot...sekarang ni Dara lihat sejak dah dapat pangkat jadi Menteri Penuh, Ketua Bahagian ni bermati-matian berkerja keras untuk menaikkan semula semangat orang-orang UMNO yang semakin lemah selepas pilihanraya yang lalu. Faham-faham sajelah tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia bukan senang. Walaupun busy sebagai menteri dia juga kena pastikan ketua parti terus diberi sokongan yang berterusan. Itu sebablah dia sanggup untuk meredah semua cawangan dan bahagian di Malaysia untuk memberi penerangan.
Dara rasa majoriti orang-orang UMNO dah dewasa dan bijak untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata! Senario sekarang dah tak macam dulu-dulu lagi. Kalau dizaman pembentukan UMNO dulu memang usaha-usaha menjelajah ke sana-sini mendatangkan respon yang positif. Tetapi kini Dara rasa tak perlulah ahli-ahli politik membuang masa dan tenaga memberi penjelasan demi penjelasan kepada orang ramai akan keadaan isu semasa sebab harga minyak pun dah naik. Jangan membazir duit rakyat! Di zaman IT ni kalau nak tahu cerita-cerita panas dan terkini kita hanya perlu hantar sms atau petik komputer saje. Satu dunia boleh membaca...orang-orang dizaman teknologi tinggi ni kalau didepan mata mereka mungkin cakap ya kami sokong tetapi dibelakang mereka pangkah yang lain!
Dara percaya tak lama lagi demam pemilihan akan lebih ketara. Sekarang ni pun wayang kulit dah bermula. Kebanyakan Ketua Bahagian semua suka anak-anak buahnya buat program kerana dalam musim-musin dah dekat pemilihan UMNO ni, semua Ketua Bahagian berlumba-lumba untuk menawan hati orang-orang dibawahnya. Cakap aje apa mereka nak dah tentu bos akan layan! Nanti kalau dah menang esok tentu akan dapat habuan lagi...bercuti dan makan free dah jadi macam trend terkini. Yang bestnya, konsep bercuti diubah sikit menjadi berkursus atau lawatan sambil belajar supaya unsur-unsur sogokan berjaya diketepikan. Dara nak tanya, kursus bodek ada turut diajar tak?

0 comments: